Buah jambu batu ni kalau salah pilih, boleh jadi ia keras dan akan ada rasa kelat, jadi tak seronok pula nak makan.
Tapi kalau jumpa yang masak, memang sedap di makan begitu sahaja atau cicah dengan kuah rojak buah.
Kalai nak dikisar menjadi minuman atau jus pun sedap juga, yang penting adalah pemilihan buah tersebut.
Ikti perkongsian pengguna Facebook, Fiqarawi tentang tiga cara memilih jambu batu agar tak terpilih yang tidak masak.
1. Periksa warna jambu
Jika jambu itu sudah masak ia akan warna hijau terang akan perlahan berubah menjadi hijau kekuningan atau hijau yang lebih muda.
Warna hijau kekuningan ini terlihat merata di seluruh bagian kulit buah jambu.
2. Tekan permukaan dengan perlahan
Cara mengetahuinya jambu itu elok adalah dengan menekan perlahan, jika permukaan jambu terasa empuk maka jambu sudah matang.
3. Hidu bau buah
Jika anda hidu bau jambu tersebut tidak ada bau itu menandakan jambu belum matang sempurna.
Jambu biji yang telah matang memiliki bau manis yang sudah dirasakan sebelum mendekatkan jambu ke arah hidung.
Baca juga: ‘Kerana terlalu inginkan zuriat, aku terpaksa kurangkan pulang ke rumah mertua’