Bila beli kulit popia ni, jaranglah nak guna satu plastik terus, mesti pilih untuk simpan dulu dalam peti sejuk, kadang sampai terlupa.
Bila nak guna semula, kulit popia dah keras, nak tarik satu-satu memang tak menjadi, akhirnya ke tong sampah juga.
Rupanya ada cara nak lembutkan ia semula, jadi tak membazir nak beli yang baru di kedai pula.
“Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer)
atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-caranya:
Dalam kuali atau periuk kukus lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih (pastikan bersih) yang lembap.
Kain lembap bukan basah ya, maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut.
Stim selama 10 ke 15 minit.
Buka penutup pengukus dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, sambung hingga ia lembut.
Nota tambahan:
Simpan terus dalam peti ais jika dah tak nak guna
Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Pastikan masa simpan, letak tape pada plastik
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras.
Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara.
Tapi kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga.
Ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Baca juga: