kenapa plastik keropok lebih banyak angin dari isi ini alasan pengilang

Oleh ISMAIL YAHYA

Isu ‘keropok angin’ ini bukan sekali dua menjadi perbincangan warganet di media sosial.

Tentu sahaja rata-rata mereka merasakan seperti tertipu dengan pihak pengilang yang sengaja menggunakan bungkusan besar untuk mengaut keuntungan.

Begitu pun, sebenarnya ada alasan yang anda tidak tahu di sebalik bungkusan keropok yang dipenuhi angin berbanding isi keropok itu sendiri.

Seperti yang sedia maklum, keropok mahupun snek yang dijual merupakan satu produk yang mudah rosak kerana sifatnya yang halus dan rapuh.

Oleh itu, bungkusan keropok sengaja dibiarkan separuh kosong untuk melindungi kualiti produk keropok tersebut daripada rosak ketika proses penghantaran.

kenapa plastik keropok lebih banyak angin dari isi ini alasan pengilang

Strategi ini dikenali sebagai ‘Slack fill” iaitu pilihan yang disengajakan oleh pengeluar makanan ringan untuk melindungi produk mereka yang halus daripada kerosakan akibat pengendalian yang kasar seperti semasa proses penghantaran.

Ruangan yang kosong itu juga boleh diumpamakan seperti ‘kusyen’ yang mampu mengurangkan kerosakan seperti keropok patah dan hancur.

Selain itu, apa yang anda perlu tahu ialah kandungan udara di dalam bungkusan juga sangat penting bagi mengekalkan kualiti produk makanan ringan itu.

Ianya bukan sekadar udara biasa, namun merupakan nitrogen yang membantu makanan ringan seperti keropok untuk terus segar dan rapuh di dalam bungkusan.

Ia tidak boleh diisi dengan oksigen kerana boleh menyebabkan kerosakan kepada keropok khususnya kerepek kentang yang akan menjadi basah dan lembik.

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu kecewa setiap kali membuka bungkusan dan mendapati hanya separuh keropok di dalamnya.

Sungguhpun, ruangan kosong yang terdapat di dalam bungkusan makanan ringan itu membantu untuk mengekalkan kualiti produk makanan tersebut

Baca juga: ‘Isteri beritahu kifarah kepada saya sepatutnya dapat berkahwin dengan doktor wanita tu, barulah padan penzina dengan penzina’