Lama tak dengar kisah ajaran sesat di Malaysia. Kalau dahulu kita hanya dengar melalui kisah-kisah
gelap sahaja tanpa seorang pun tahu. Zaman dah berubah, kini ajaran sesat terang-terang sudah ada di live video.
Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman siarang langsung (live) di TikTok
seorang lelaki yang mendakwa telah naik ke langit dan bertemu dengan Allah SWT.
Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di akaun X @poxjaxx, lelaki terbabit turut mengakui kononnya dia ada berbual dengan
Allah sebelum turun daripada langit dan bertemu pula dengan Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.
“Saya turun (langit), saya berhenti ambil orang tua, Allah kata orang tua itu Malaikat Jibril yang menyamar sebagai orang tua.
“Lepas itu saya turun (langit), besoknya itu saya hubungi guru saya dan cerita, ‘semalam macam itu macam ini’, lepas itu dia cakap terima kasih kamu telah sampai apa yang kamu nak, kamu nak tahu siapa Imam Mahdi,” katanya dalam live tersebut.
AJARAN SESAT mai dahhh.. siap naik langit jumpa Allah sendiri tak tahan tu pic.twitter.com/UGJ5nNhAa2
— 𝙥 𝙤 𝙭 𝙟 𝙖 𝙭 (@poxjaxx) July 14, 2024
Lelaki beserban hijau itu turut mendakwa Imam Mahdi merupakan Nabi Muhammad SAW yang akan bertukar nama ketika turun ke bumi di akhir zaman nanti.
Selain itu, dia turut mendakwa Imam Mahdi akan turun dahulu ke bumi dari langit sebelum turunnya Nabi Isa.
“Jadi peruntukan emas-emas di alam ghaib ini semua adalah untuk Imam al-Mahdi, siapa Imam Mahdi ini? Adalah Muhammad Rasulullah yang akan bergandingan dengan Nabi Isa,” tambahnya lagi.
Sesi live yang dibuat oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 300 jumlah tontonan di mana rata-rata penonton mengecam dan tidak mempercayai ceritanya itu.
Di ruangan komen pula netizen berpakat menyerang lelaki itu yang disifatkan sebagai sesat! Ada yang kata lelaki itu di bawah pengaruh dadah.
Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta orang ramai agar melaporkan akaun TikTok milik lelaki tersebut agar ianya disekat.
BACA: ‘Kerana terlalu inginkan zuriat, aku terpaksa kurangkan pulang ke rumah mertua’