‘Isteriku owner rumahku’ Lelaki tak sangka rumah yang disewa rupanya milik isteri

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Apabila baru berkahwin, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah tempat tinggal.

Anda dan pasangan perlu memikirkan di mana mahu tinggal dan berapa bajet yang ada untuk menyewa.

Ada yang mungkin tinggal seketika di rumah ibu bapa sebelum mencari rumah lain.

Semua ini bergantung kepada pilihan masing-masing.

Namun, video yang tular di TikTok baru-baru ini menampilkan seorang lelaki yang terkejut apabila mengetahui rumah yang disewanya adalah milik isterinya sendiri, menarik perhatian ramai.

'Isteriku owner rumahku' Lelaki tak sangka rumah yang disewa rupanya milik isteri

Dalam video tersebut, lelaki itu berkongsi pengalamannya selepas mengetahui perkara sebenar daripada isterinya.

Mereka berdua baru sahaja berkahwin dan merancang untuk menyewa rumah sementara menunggu kewangan dan komitmen lain disusun.

Namun, selepas lima bulan berkahwin, barulah lelaki tersebut menyedari bahawa rumah yang sedang disewa itu adalah milik isterinya.

“Macam mana isteri boleh cakap, ‘Ini urusan bisnes’,” komen netizen.

BACA: Billionaire Jepun bina trek lumba peribadi depan rumah