Undang-undang sini lemah”, jawapan ‘kerek’ warga Singapura bila disoal kenapa isi minyak Ron95

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan telah lama memaklumkan hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk mengisi minyak RON 95,

Namun ramai yang seakan tidak mengendahkan dan ada uga yang mengambil kesempatan untuk mengisinya khususnya individu daripada Singapura.

Difahamkan harga minyak di Malaysia yang ditawarkan secara subsidi untuk warga Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak negara mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda telah menegur

sikap seorang warga Singapura di sebuah stesen minyak mencuri perhatian ramai.

Undang-undang sini lemah”, jawapan ‘kerek’ warga Singapura bila disoal kenapa isi minyak Ron95

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @blackmerz101, difahamkan lelaki Singapura itu mengisi minyak keretanya dengan menggunakan minyak RON 95 dan tindakannya itu ditegur oleh salah seorang individu warganegara Malaysia yang turut mengisi minyak di situ.

Namun apa yang membuatkan ramai kecewa adalah lelaki tersebut menjawab teguran itu dengan kasar dengan memerli menanyakan semula sama ada dia merupakan pekerja di situ ataupun tidak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan segelintir individu yang mengambil kesempatan dan solah ingin merampas hak warganegara Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang kecewa dengan penguatkuasaan yang didakwa lemah sekaligus menyarankan beberapa cara bagi ‘mengajar’ individu degil seperti ini

BACA”: ‘Sekali live collection macam Khairul Aming’ usaha orang asli jual minyak herba raih pendapatan RM1 juta