Pemain bola sepak kantoi bawa balik perempuan lain, isteri halau keluar lepas periksa rakaman

Oleh ISMAIL YAHYA

Bintang bola sepak terkenal dilaporkan telah diusir keluar oleh isterinya selepas kantoi mempunyai hubungan sulit bersama wanita lain.

Pemain bola sepak yang bermain untuk negaranya pada Euro 2024 musim panas ini, didakwa membawa seorang wanita pulang ke rumah keluarganya.

Lebih menyedihkan lagi, ketika kejadian isteri dan anak-anaknya sedang bercuti.

Tidak cukup dengan itu, isterinya juga menerima mesej langsung (DM) di Instagram yang berbunyi:

“Saya tidur dengan suami awak,”

Mesej itu disertakan dengan foto dua orang di atas katil bersama-sama, tanpa wajah mereka ditunjukkan.

Bagaimanapun, foto tersebut turut menampakkan potret pemain bola sepak itu memeluk isteri dan anak-anaknya di dinding bahagian belakang.

Pada mulanya, isterinya menafikan perkara itu dan menganggap ia mungkin sekadar provokasi atau troll.

Malah suaminya juga turut menafikan perkara itu dan mendakwa gambar tersebut telah disunting.

Difahamkan isterinya mengetahui kebenaran mengenai kejadian itu selepas menyemak rakaman video dari loceng pintu rumah mereka, yang didakwa menunjukkan suaminya membawa pulang wanita terbabit.

Isteri pemain bola sepak itu dilaporkan mengusir suaminya keluar dari rumah mereka dan menamatkan perkahwinan.

Lebih teruk lagi, cerita itu diketahui dalam kalangan rakan sepasukan pemain bola sepak sebelum Euro bermula.

“Semua pemain tahu mengenainya dan begitu juga dengan ramai keluarga mereka kerana semua orang bercakap mengenainya di Jerman.

“Beberapa pemain memanggilnya ‘Ringo’ dan memanggilnya begitu di belakangnya. Tetapi ia bukan jenaka kerana semua ini telah menyebabkan banyak yang sakit hati dan perpecahan sebuah keluarga.

“Mereka sangat bahagia berkahwin selama beberapa tahun. Dia seorang WAG berprofil tinggi dan dia adalah salah seorang wajah yang paling dikenali dalam Liga Perdana.

Agak mengejutkan bagaimana berakhirnya perkahwinan mereka,” katanya seperti yang dilapor MailOnline.

BACA: “Aku curang hanya kerana bau badan dia, rupanya dia sorok penyakit dari pengetahuanku”