Baru-baru ini, kejadian sinkhole di Masjid India, Kuala Lumpur telah mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai
faktor geografi di sekitar ibu negara. Kejadian serupa telah berlaku di beberapa kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur sebelum ini.
Menurut satu perkongsian dari Public Health Malaysia, kajian telah mendedahkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang berisiko tinggi
untuk terjadinya tanah jerlus. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai lokasi-lokasi yang berisiko tinggi di ibu negara ini.
Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP):
A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi kesan serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam. Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.
Lima parameter utama dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan faktor lain yang mempengaruhi perkembangan sinkhole.
Lokasi Kejadian Sinkhole Sebelumnya:
Ampang
Pudu
Kepong
Kampung Baru
Lokasi dengan Risiko Rendah:
TTDI
Bukit Jalil
Sungai Besi
Lokasi dengan Risiko Tinggi:
Pudu
Cheras
KLCC
Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi:
Kepong
Kampung Baru
Ampang
Pandan Jaya
Kajian ini juga mencadangkan agar teknologi GIS dan AHP digunakan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.
BACA: Penyanyi nasyid ‘Sepohon kayu’ bergelar Datuk, rupanya ini sumbangannya kepada negara