Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024
Yang dijadualkan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 telah dibatalkan.
DBKL, yang juga merupakan penganjur acara tersebut, menjelaskan bahawa pembatalan ini adalah sebagai menghormati
mangsa-mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” kata DBKL.
Pada tahun 2023, lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Ambang Merdeka di pusat perniagaan PKNS Uptown Shah Alam.
Acara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Persatuan Peniaga Uptown Shah Alam.
PKNS dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa sambutan ini diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama para peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.
Selain itu, program ini juga bertujuan mempromosikan pusat perniagaan berkenaan yang mempunyai lebih 400 gerai pelbagai jenis perniagaan seperti pakaian, perhiasan, perkakasan rumah, dan makanan.
Majlis sambutan tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Pentadbiran PKNS, Saharom Mohni, yang disertai dengan gimik pelancaran bertemakan futuristik dan persembahan video montaj animasi mengenai sejarah kemerdekaan yang dipancarkan menggunakan laser.
Sebanyak 300 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada para pengunjung untuk dikibarkan tatkala laungan merdeka menjelang detik 12 malam, sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan 2023.