Satu Putrajaya kena bebel dengan lelaki ini

Oleh NADIA HARON

Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67.

Pastinya salah satu perkara yang dinanti-nantikan adalah pertunjukan perbarisan daripada setiap kontinjen yang terlibat.

Dengan hari yang semakin hampir, mereka pasti sedang menjalani latihan intensif untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Ketika inilah anda akan melihat pelbagai ragam peserta, termasuk ada yang kena bebel!

Seperti dalam video yang kini viral, seorang pengguna TikTok merakamkan suasana di sekitar Putrajaya,

Satu Putrajaya kena bebel dengan lelaki ini

di mana kedengaran suara seseorang membebel kepada para peserta. Bunyi bebelan tersebut begitu kuat sehingga dapat didengar di seluruh kawasan.

Video yang telah meraih 300,000 tontonan dalam masa sehari ini telah menghiburkan ramai netizen.

@fa_az47 Tengah praktis depan Mahkamah agaknya..tapi yang “kena” bebel satu Putrajaya. #malaysia #merdeka #merdeka2024 #putrajaya ♬ original sound – fa_az

Ada juga yang memahami situasi tersebut, kerana ia bertujuan untuk memastikan tiada cacat cela dalam perbarisan sempena hari kemerdekaan nanti.

Yelah, ini adalah acara yang disaksikan seluruh negara, jadi perbarisan ini pastinya bukan calang-calang. Harap semuanya berjalan lancar nanti. Amin!

BACA: Rupanya 63 orang staff MAB jadi punca penerbangan Malaysia Airlines tergendala