Hanya 27 saat! Ya, hanya 27 saat sahaja masa yang diambil oleh wanita ini untuk melahirkan anak ketiganya, atau lebih tepat lagi, anak ketiganya yang bernama Millie.
Sophie Bugg, 29, dari Britain, berkata bahawa kelahiran anak ketiganya berlaku tanpa sebarang petanda ketika dia berada di dalam tandas
Di rumahnya baru-baru ini. Sophie mendakwa telah mencatatkan masa sebagai wanita yang paling cepat bersalin di dunia.
“Saya rasakan kelahiran ini adalah yang paling pantas di dunia, hanya 27 saat dan sekali teran. Saya sendiri tidak percaya ia berlaku,” katanya.
Pasukan paramedik tiba di rumah Sophie di Basingstoke, England, tidak lama selepas itu dan membawa Sophie serta bayinya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut Sophie, dia tidak bersedia untuk kelahiran itu kerana air ketubannya tidak pecah dan tiada kontraksi berlaku.
Wanita ini bercadang untuk menghubungi Guinness World Records untuk mencatatkan rekod kelahiran terpantas di dunia.
“Meskipun saya lega kelahiran ini berlaku dengan pantas, saya agak terkilan kerana tidak sempat merasai proses yang biasa dilalui oleh ibu-ibu sebelum bersalin,” katanya.
Sophie juga menyatakan bahawa proses kelahiran dua anaknya sebelum ini juga agak pantas, iaitu 12 minit untuk anak pertama dan 26 minit untuk anak kedua.
BACA: ‘Weh, mak dah mati ni..Duit mak RM6000 transfer kat aku sekarang..’