Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan Awang berkongsi lima ciri lelaki yang perlu dielak oleh wanita untuk dijadikan pasangan hidup.
Menerusi perkongsian di TikToknya @Dr.samhan, beliau mengingatkan wanita menjauhi lelaki yang ada lima ciri ini iaitu pertama, panas baran.
“Lelaki yang panas baran dia akan cepat angkat tangan dan pukul pasangan dia. Jangan terima dia.
“Kedua, lelaki kedekut kerana dia tidak ada perancangan kewangan dan dia sangat sukar berbelanja terutamanya kepada pasangan,” katanya.
Jelasnya, ciri lelaki ketiga yang perlu dielakkan oleh wanita adalah lelaki yang tidak mempunyai akhlak dan beradab.
“Lelaki yang tidak berakhlak dan beradab terlalu mudah mencarut, tidak mempunyai tutur kata yang baik dan tidak bersopan santun.
“Selain itu, berhati-hati juga dengan lelaki yang sukar jaga pandangan. Dia suka tengok perempuan seksi,” katanya,
Terakhir sekali, beliau mengingatkan wanita untuk tidak mendekati lelaki yang miskin agama.
Ujarnya, lelaki yang mempunyai tiang agama kukuh boleh mendidik pasangan dan anak-anaknya.
BACA: ‘Orang nak duduk, dia boleh jeling’ Ubai bengang individu selamba baring di kerusi KLIA