Fathia Latiff mengaku suntik ‘filler’ demi nampak cantik & muda

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pelakon Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya demi untuk kelihatan lebih cantik dan awet muda.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fathia berkata, hampir keseluruhan wajahnya diubah dengan melakukan rawatan seperti botox dan suntikan ‘filler’.

Saya buat bibir, mata, botox, hidung, semualah.

Menurutnya, rawatan wajah tersebut sudah menjadi perkara biasa malah Fathia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya.

Memang saya ada buat ‘filler’ dan botox semua tapi saya rasa sekarang ni normal sebab saya pun dah berusia.

Fathia Latiff mengaku suntik ‘filler’ demi nampak cantik & muda

Dulu masa saya muda, muka tegang lagi.

Saya tak kisah pun apa orang nak cakap tapi saya hanya kisah apa yang mak saya cakap.

Bila mak saya nasihat, saya akan dengar. Mak saya ada nasihat sudah-sudahlah tak payah nak buat itu ini lagi (perubahan wajah) tapi saya memang manja dengan mak saya jadi saya pujuk dia, mak saya pun macam ‘suka hati kau lah’.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Ariana Rose berpendapat tidak salah untuk mencantikkan wajah demi meningkatkan keyakinan diri.

Kita kena ikut peredaran zaman. Macam dulu orang malu tapi sekarang semua orang buat dan dah jadi normal.

Saya rasa kalau untuk mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Kalau kita rasa ‘insecure’ dengan wajah kita tak jadi masalah pun.

Yang penting bila lepas buat tu kita rasa berkeyakinan, gembira nak keluar dan tak perlu bersolek sangat.

Mengulas tentang penampilannya yang dulu lebih cantik, Fathia sebaliknya berfikiran dia yang dahulu terlalu kurus dan tidak menarik.

Saya rasa dulu muka saya cengkung dan saya tak faham kenapa orang cakap ‘Fathia dulu kau cantik’ padahal saya rasa sejujurnya nampak cengkung dan tak cantik.

Mungkin dulu sebab nampak kurus. Jadi sekarang untuk dapatkan balik kerja (berlakon) saya, saya kena kurus.

BACA: ‘Rupanya selama ini dia tak kerja, dulu katanya penampilan aku tak menarik, tudung dan baju labuh, padahal nak duit aku!’