CEO persatuan insurans terkejut hospital caj RM18,837 untuk satu malam

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Mark O’Dell terkejut

apabila menerima bil sebanyak 13 muka surat dari sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

O’Dell yang ‘menginap’ di hospital swasta berkenaan selama satu malam juga tidak menyangka akan dikenakan bayaran berjumlah RM18,837 selepas menjalani sesi pembedahan kecil.

Perkara itu didedahkan oleh O’Dell yang mempunyai pengalaman lebih dari 44 tahun di dalam industri insurans hayat dalam satu sesi temu bual eksklusif bersama CodeBlue.

Bil 13 muka surat yang dikeluarkan pada 28 Mei lalu itu turut didedahkan dalam sesi tersebut

CEO persatuan insurans terkejut hospital caj RM18,837 untuk satu malam

di mana banyak caj yang dikenakan langsung tidak difahami sepenuhnya oleh veteran industri insurans berkenaan.

“Bagaimanakah prosedur yang mudah dengan tinggal di hospital satu malam boleh mengakibatkan bil 13 muka surat? Memang anda boleh melihat semua butiran caj, tetapi saya tidak faham beberapa perkara yang tersenarai.

“Bagaimanakah saya sebagai seorang pengguna, boleh memahami apakah perkara yang memang saya perlukan dan perkara yang tak perlu? Cara ini tidak betul,” katanya memetik laporan CodeBlue.

Difahamkan, O’Dell menjalani pembedahan hernia kecil di hospital swasta berkenaan namun veteran insurans terbabit enggan menamakan pusat perubatan yang merawatnya Mei lalu itu.

Baca juga: ‘Selama ini aku bersangka baik dengan suami, satu hari aku terdetik nak cek telefon dia, seram sejuk bila nampak nama perempuan’