‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ Sanusi akui dah kahwin dua?

Oleh ISMAIL YAHYA

“Saya hampir ditangkap tetapi Alhamdulillah saya berjaya menangkap orang yang nak menangkap saya.”

Kiasan yang digunakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor

ketika membincangkan mengenai perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah dalam ucapannya

pada Sidang Kemuncak Kerajaan Negeri (SG4) yang diadakan di Bandar Baru Bangi semalam.

Beliau kemudian bertanya kepada hadirin sama ada mereka memahami kenyataannya itu sebelum tertawa.

'Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya' Sanusi akui dah kahwin dua?

Ketika ini, terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Muhammad Sanusi telah berkahwin seorang lagi,

yang didakwa seorang pegawai polis yang terlibat dalam siasatan REE sebelum ini.

Turut tersebar gambar seorang wanita yang didakwa sebagai isteri kedua Muhammad Sanusi.

BACA: Lepas 20 tahun buta, lelaki ini akhirnya boleh melihat semula lepas dilanggar kereta