‘Suami tak sedar diri, umur pun dekat pencen, baca quran pun sangkut ada hati nak tambah bini’

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Assalammualaikum. Saya menulis di sini sebab ini saja jalan untuk saya luahkan hati dan perasaan.

Banyak kekangan untuk saya mengadu pada kawan atau keluarga, tapi saya perlu satu ‘outlet’ untuk melepaskan beban yang ditanggung.

Saya seorang isteri, berkerja di bidang professional, ada lima anak. Yang sulung sudah di tahun akhir universiti,

yang kedua dan ketiga juga di universiti. Yang keempat sekolah menengah dan yang bongsu sekolah rendah.

Tahun ini tahun ke 24 perkahwinan saya dengan suami dan tahun ini jugalah cinta saya dikhi4nati bila suami curang dengan seorang yang muda 20 tahun darinya.

'Suami tak sedar diri, umur pun dekat pencen, baca quran pun sangkut ada hati nak tambah bini'

Usia suami di awal 50 an dan saya di hujung 40 an. Pertama kali saya jumpa bukti bila saya pinjam laptop suami dan guna whatsapp web.

Akaun dia masih di log in, dan atas dasar ‘curiosity’, saya scroll membaca message – message yang ada hingga terjumpa message suami dengan perempuan itu. Waktu itu penhujung tahun 2021, nampak macam baru nak bersuai kenal, baru ber ‘I’ ‘you’, tapi dah nampak tanda – tanda amaran.

Saya bukan jenis isteri yang suka menggodek HP suami atau yang sewaktu dengannya. Saya ingat saya boleh percayakan suami. Betapa silapnya saya. Saya screensh0t perbualan tersebut, saya forw4rdkan pada suami, saya katakan saya amat kecewa dengan apa yang saya baca dan nampak sebab kalau hubungan hanya atas urusan perniagaan, tak perlulah nak beremoji love bagai.

Tapi seperti biasa, suami hanya blue tick sahaja message. Itu memang tabiat dia, sangat jarang untuk dia baIas luahan hati saya dalam whatsapp. Saya pulak memang meluah melalui message sebab bagi saya senang untuk mengatur ayat, terangkan satu – satu, tanpa diganggu emosi atau airmata berbanding kalau saya meluahkan secara berdepan.

Tapi lepas tu, nampak macam effort dia untuk minta maaf dan ambil hati saya (walau satu pun ungkapan maaf tak keluar dari mulut dia, cuma saya faham per4ngai dia dan bagi saya itu sudah memadai). Saya ingat itulah noktah episod itu. Betapa silapnya saya.

Dalam awal tahun 2022, suami kena bertukar ke cawangan di luar KL, maka ber PJJ lah kami selama lebih kurang 5 bulan. Sepanjang dia di negeri orang, kelakuannya masih sama dengan saya dan anak – anak. Setiap malam kami bervideo call, dan kami bergilir – gilir berjumpa.

Kalau minggu ni dia tak balik, saya yang akan ke sana melawat suami. Waktu tu kami jadi macam orang bercinta semula. Suami jadi sangat penyayang dan prihatin, whatsapp penuh kata – kata cinta dan rindu dan saya rasa sungguh bahagia waktu itu.

Bulan Julai, suami dapat bertukar semula ke KL dan kami masih begitu, lovey dovey kata orang. Jalan tak lepas tangan dan sewaktu dengan. Tapi itulah, langit tak selalu cerah. Gerak hati saya mengatakan macam ada yang ‘lain’ pada suami.

Mula guna pewangi jika ke pejabat, mula guna skin care. Kalau dulu puas sudah saya belikan pewangi, beli face wash untuk dia. Adalah guna sekali dua, kemudian terbiar macam tu sahaja sampai terbuang. Dan saya rasa macam ter’over’ pula perhatian dia pada saya.

Awal bulan ni, sekali lagi saya perlu pinjam laptop suami dan sekali lagi lah saya terjumpa message – message suami dan perempuan itu. Tapi kali ini dah naik taraf ke ‘darling’ dan ‘manja’. Rasa terhenti jantung saya, menggigil satu badan. Saya istigfar banyak – banyak menahan sedih, pedih, marah dan kecewa.

Saya tunggu suami balik, saya sediakan makan minum dan saya kata saya nak ajak dia keluar sebentar. Saya minta dia bawa saya ke satu taman berdekatan rumah kami, minta dia parking di satu sudut, dan saya bertanya tentang dia dan perempuan itu.

H4ncur perasaan saya bila tanpa segan silu dia mengaku yang dia nak menikahi perempuan tu tapi dia tak akan lepaskan saya, kononnya dia masih cinta dan sayang pada saya tapi dia juga sayangkan perempuan tu. Senang betul dia declare begitu.

Melayang – layang saya rasa dengar pengakuan ‘ikhlas’ tu, rasa hilang separuh jiwa saya dan agaknya kalau tak kuat iman, saya dah t3rjun masuk tasik depan mata. Sepanjang perbincangan dalam kereta, saya tegaskan yang dia tak layak untuk kahwin dua.

Ya, dari segi duit, memang rezekinya melimpah ruah dalam dua tiga tahun ni. Tapi dari sudut lain sangat banyak yang kurang. Satu dari sudut agama. Walaupun suami solat lima waktu, puasa, solat dhuha tak pernah tinggal, sedekah dan lain – lain..

Tapi sepanjang perkahwinan kami, kalau bukan saya yang ajak, tak pernah dia nak solat berjemaah. Bacaan qurannya juga merangkak – rangkak jadi satu ayat pun dia tak pernah ajar saya dan anak – anak. Bab – bab agama memang semua diserah pada saya.

Saya kata kan pada dia, sekali pun abang tak pernah ajak saya berjemaah, sekarang abang nak cari makmum baru?? Dari sudut masa pun dia tak akan dapat adil kalau selama ni saya yang huru hara mengurus rumah, anak – anak bila kerjanya menuntut dia outstation berhari – hari , terbang ke luar negara berbulan.

Hampir 99 peratus urusan rumah tangga atas bahu saya walau duit memang dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak – anak, tapi penat dan lelah menghadap segala masalah, kerenah anak – anak, hal – hal rumah hanya Allah yang tahu.

Dan sekarang dia ada hati nak bahagi dua masa yang secoet itu? Apa yang adilnya di situ? Panjang lagi luahan saya dalam kereta waktu tu, ada beberapa lagi alasan yang saya keluarkan tentang kenapa saya kata dia zaIim dan selfish kalau kononnya nak kahwin lagi.

Malas saya nak kenang semula tapi hujungnya dia hanya kata, dia boleh adil dan saya dan anak – anak takkan terbiar dan terabai. Saya? Terkelu, terdiam tapi rasa hati disi4t – si4t. Kami balik rumah semula, saya cuba berlagak biasa, saya minta izin dia untuk keluar dan saya pecut ke rumah sahabat baik saya.

Di sana saya menangis, meraung sepenuh hati. Rasa macam tak nak hidup lagi bila kenangkan segala peng0rbanan saya dibaIas sepedih ini. Tapi saya masih ada anak – anak yang perIukan saya. Anak – anak sangat rapat dengan saya, terutama yang bongsu. Mana mungkin saya biarkan anak – anak mend3rita kesan perbuatan saya.

Saya balik juga ke rumah malam tu. Suami masih berlagak seperti biasa, bergurau dengan anak – anak. Bangun paginya dia peIuk saya sekuat hati, cakap dia cinta dan sayang pada saya, dia pimpin tangan saya ke meja makan untuk bre4kfast yang dia dah masak.

Saya.. tak tau nak fikir apa, rasa apa. Nasi yang masuk ke mulut pun rasa pasir. Rasa macam menelan kawat duri. Tapi depan anak – anak saya masih cuba berlakon macam tak ada apa – apa. Seminggu, dua minggu, tiga minggu… sekarang dah masuk dekat dua bulan lebih dari sejak pengakuan terlebih ‘jujur’ suami pada saya.

Dalam tempoh tu, suami masih macam yang saya ceritakan, sangat caring, prihatin, peIuk pegang saya sentiasa. Sebagai isteri, tipulah kalau saya kata saya tak terkesan dengan perhatian yang diberi. Serba sedikit cair juga tapi Iuka hati saya lagi parah rasanya.

Tak ada hari yang saya tak menangis, dalam kereta ke ofis, waktu mandi, waktu solat, waktu makan. Sampai saya rasa, ya Allah, berd0sanya saya banyak menangis untuk seorang manusia yang tak hargai pun kasih sayang dan peng0rbanan saya selama ini.

Apa saja yang saya tak buat untuk suami. Bercatu makan waktu kami susah dulu, pinjamkan duit, support dia waktu dia sambung belajar. Jaga dia berminggu di hospitaI waktu dia s4kit terlantar, makan minumnya semua terurus, apa saja hajatnya saya cuba tunaikan termampu saya. Tapi sudahnya..

Minggu lepas, anak sulung dan anak ketiga ajak saya keluar minum dan waktu tu mereka ‘confront’ saya. Simple sahaja ayat yang keluar dari mulut kakak, ‘Mummy, papa curang dengan you ya?’ Terus menitik air mata saya dan saya menangis semahunya depan anak – anak.

Pendek cerita, rupanya mereka juga pernah terjumpa message whatsapp papa mereka dengan perempuan tu tapi mereka tak sampai hati nak bagi tau saya. Dan si adik ada terbaca screensh0t message dalam phone saya dan mereka nampak kesedihan saya.

Ayat mereka seterusnya amat meruntun hati. Mereka kata, ‘Mummy, kami perempuan, kami faham perasaan mummy. Sebagai anak, kami pun sangat terIuka dengan perbuatan papa. Kami tak salahkan mummy kalau mummy pilih untuk bercerai dengan papa, kami akan sokong keputusan mummy.

Cuma, dan ini harapan deep from our heart, kalau mummy boleh f1ght for your marriage, ambil balik hati papa dari perempuan tu, gunakan kelebihan mummy sebagai isteri yang sah, kami sangat berterima kasih. Kami masih nak mummy dan papa dalam hidup kami’.

Allahuakbar anak – anak, berat sangat permintaan tu. Sekali lagi hati saya bagai disi4t – si4t tengok wajah polos anak di depan mata, dengan penuh pengharapan untuk saya terus berjuaang pertahanan perkahwinan yang dah dibina 24 tahun ini.

Ya, anak – anak perempuan saya amat manja dengan papa mereka dan itulah yang meruntun perasaan saya. Mampu tak saya nak mempert4hankan perkahwinan ini? Saya pun tak tahu. Cuma saya minta masa dengan anak – anak.

Saya minta mereka jangan bagitau adik beradik yang lain, jangan bagi tau opah mereka (ibu saya) atau adik beradik saya. Saya tak mampu nak hadapi segala soalan dan reaksi dari keluarga. Suami amat rapat dengan adik beradik saya, malah lebih dari adik beradik dia sendiri.

Ini salah satu faktor yang menyebabkan saya alpa dan rasa ‘secure’ sebab di fikiran saya, takkan lah suami nak buang semua ni dan Iukakan hati saya dan putus hubungan dengan adik beradik saya kalau dia buat pasal. Dan bagi saya, kalau saya luahkan dan mengadu pada mak atau adik beradik, pandangan mereka pada suami pasti akan berubah dan bagi saya macam akan jadi ‘point of no return’ jika hal kecurangan suami sampai ke pengetahuan mereka. Jadi biarlah saya simpan dulu masalah ni dari keluarga saya.

Untuk pengetahuan semua, walaupun saya ada nombor telefon perempuan itu dan tahu serba sedikit latar belakang dia, sekali pun saya tak teringin nak contact dia, nak merayu suruh tinggalkan suami saya dan yang sewaktu dengannya.

Bagi saya, saya hanya akan merendahkan maruah saya sebagai isteri kalau saya buat macam tu. Apa yang perlu saya selesaikan adalah urusan saya dan suami, bukan dengan dia. Dan selepas peristiwa kantoi itu, saya tak sentuh dah laptop suami atau cuba godek handphone dia.

Saya tak cukup kuat untuk tahu lebih lanjut tentang perhubungan mereka. Cuma saya tahu yang perempuan tu sedar suami saya bukan bujang, ada isteri dan anak – anak. Saya amat perIukan nasihat atau pandangan dari semua. Apa yang patut saya buat?

Suami masih seperti yang saya ceritakan. Nafkah semua cukup. Tak ada hari yang dia tak balik ke rumah. Semua permintaan saya dia tunaikan. Saya pun bukan jenis isteri yang suka demand macam – macam dari suami. I am a simple person. Tak terover berhias tapi sedap mata memandang.

Di rumah juga saya jaga penampilan sebab itu yang ibu saya tekankan pada anak – anak. Tapi itulah, mungkin yang muda, yang s3ksi, yang manja itulah juga yang dicari. Setiap saat saya berdoa. Mohon Allah alihkan hati suami pada saya sepenuhnya, tutup hatinya pada perempuan tu dan selamatkan rumah tangga kami jika masih ada kebaikkan dalam perkahwinan ini. Ada masa saya rasa saya kuat dan saya redha.

Ada masa saya rasa nak bawak kereta laju laju dan Ianggar tembok highway. Nauzubillah, tapi macam tu lah roller coasternya perasaan saya. Sayang, ya saya masih sayang pada suami. Mana mungkin rasa kasih 24 tahun padam sekelip mata.

Tapi m4kin lama, m4kin terhakis sayang itu dan m4kin kurang ikhlas layanan saya pada suami. Hati saya rasanya dah h4ncur lebur. Setakat ni saya masih terus bertahan, untuk berapa lama pun saya tak tahu. Kuatkah saya untuk terima hakik4t kalau tiba -tiba nanti dia maklumkan yang dia dah pun bernikah lagi?

PerIukah saya sabar lagi dan berdoa? Mungkinkan doa saya dapat mengubah takdir? Atau perIukah saya ambil keputusan undur diri? Serious saya masih tak tahu jalan yang akan saya pilih. Terlalu banyak yang saya perlu fikir.

Tapi nanti, kalau akhirnya saya pilih berpisah, saya nak pastikan saya boleh cakap pada anak – anak dan diri saya, saya dah cuba sehabis daya bertahan dan berjuaang untuk perkahwinan ini. Cuma saya tak tahu, is it a b4ttle worth f1ghting? – Teratai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Farhana Sahari : Biarlah dia kawen kak. Doakan dia ada anak kecik semula biar dia sedar langit tu tinggi ke rendah. Umur 50an patut dah main dengan cucu bukan cari pasal berjaga malam jaga baby.

Akak positif, mungkin lepas ni akak akan ada banyak masa untuk diri akak. Pergi travel, kelas agama, manjakan diri sendiri. Semoga segala urusan akak dipermudahkan. Ingat, hati tu berbolak balik sifatnya. Hvgs for you.

Lyana Aziz : Lelaki yang sedang angau bercinta ni kita tak boleh halang dah. Imo puan hold dulu rasa nak berpisah, biarkan saja suami kahwin dengan perempuan tu.

Tapi sebelum kahwin make sure puan settlekan pembahagian harta sepencarian, bab nafkah dan sebagainya. Masa ni kalau demand apa saja mesti puan dapat. Lepas suami kahwin lagi satu terserah pada puan nak ambik tindakan macam mana.

BACA: Tak habis lagi kes air, Kedah heret Pulau Pinang naik mahkamah