Wanita usia 36 tahun dikurnia 11 orang anak, anak sulung dah boleh jadi isteri orang!

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang wanita dari Subang, menarik perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 11 orang anak pada usia 36 tahun, lapor laman berita Merdeka semalam.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita yang dikenali sebagai Liya itu berkongsi bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia muda.

Menurut Liya, anak sulungnya berusia 16 tahun, diikuti dengan anak kedua berusia 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun, sembilan tahun,

tujuh tahun, enam tahun, empat tahun, dua tahun, dan yang paling kecil berusia sembilan bulan.

Liya, yang kini menetap di Jordan, memberitahu bahawa dia hamil hampir setiap tahun sejak berkahwin pada tahun 2007.

Wanita usia 36 tahun dikurnia 11 orang anak, anak sulung dah boleh jadi isteri orang!

“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.

“Doakan kami dapat pulang ke Indonesia tanpa sebarang halangan,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Banyak anak, murah rezeki,” kata seorang netizen.

“Zaman sekarang jarang kita mendengar orang mempunyai anak ramai. Semoga anda sekeluarga sentiasa sihat,” kata pengguna media sosial lain.

BACA: Tak sangka! Rupanya asal usul Mydin hanya dari gerai pasar malam di Kota Bharu