Memang s4kit jadinya bila ibu ayah berpisah, ibu yang sendirian membesarkan anak – anak, alih – alih bila anak dah besar,
mereka lebih memilih ayah dan ibu tirinya. Dan, itulah yang aku rasa kini. Pedih sangat rasa di hati.
Bukan mudah jadi ibu tunggal yang sendirian membesarkan anak – anak. Bukan tidak terfikir nak mencari pengganti, bukan tidak ada yang cuba mendekati.
Tapi memikirkan bolehkah pengganti menerima dan menyantuni anak – anak seperti anak sendiri, akhirnya soal hati aku letak ke tepi.
Langsung aku tutup pintu hati serapatnya dari didekati. Belasan tahun aku berusaha memberi yang terbaik buat anak – anak.
S4kit demam anak – anak, pelajaran, adab, solat, mengaji Quran mahupun cara nak mandi hadas pun aku ajar satu – satu bila seorang demi seorang anak – anak sampai masa akil balighnya memandangkan anak – anak aku semuanya lelaki.
Jasa ayahnya? Ada. Aku tidak menafikan. Ayah mereka tidak pernah culas memberi nafkah setiap bulan sejak kami berpisah. Cakap sahaja anak perIukan apa, tak sampai 2 jam duit sudah mend4rat dalam akaun bank. Duit bukanlah masalah walaupun masing – masing antara kami hanya sekadar berpendapatan lebih sedikit sahaja dari kumpulan B40.
Cuma anak – anak jarang dapat bertemu ayahnya. Kadang – kadang setahun sekali. Kadang – kadang 2 tahun sekali. Dan pernah jugak tidak bertemu selama 3 tahun. Aku cuba berdamai dengan takdir. Jika mengenang apa yang telah ayahnya lakukan terhadap aku duhulu, ingin sahaja aku menghalang anak – anak dari bertemu dengannya.
Tapi memikirkan nafkah yang tidak pernah culas, aku berusaha memastikan yang keluar dari mulut aku tentang ayah mereka adalah yang baik – baik sahaja. “Jangan benci ayah. Tak baik. Biarlah ayah buat apa pun dekat ibu, along, angah dengan adik kena hormat ayah. Tengok ni duit belanja sekolah, duit tambang van, duit mengaji, duit tuition semua ayah yang bagi.”
Itulah pujukan demi pujukan yang aku cuba serapkan dalam minda anak – anak agar mereka tidak membenci ayah mereka sendiri. Setelah sekian lama, akhirnya sejuk juga hati anak – anak aku. Dan kini, sejak anak – anak meningkat remaja, ayahnya sem4kin kerap berhubung dengan anak – anak.
Diajak keluar makan – makan, dibawa berjalan – jalan, beli apa sahaja yang anak – anak mintak. Dari satu sisi aku melihat sesuatu yang positif dengan hubungan anak – anak dan ayah mereka. Tapi dari sisi yang lain, hati aku tergur1s.
Sem4kin lama, anak mula melebihkan ayah dalam segala hal. Sikit – sikit ayah, sikit – sikit ayah. Kalau dulu aku takutkan anak – anak untuk hantar ke rumah ayah bila mereka berg4duh, kemain menangis minta maaf tak nak buat salah lagi.
Mereka takut jika terp4ksa tinggal dengan ayah. Sebab waktu itu, mereka hanya nampak aku sebagai ibu. Pelindung dan peneman mereka. Bayangkan ayahnya tinggalkan kami saat aku masih perlu bangun malam menukar lampin, membancuh susu.
Seusia apa anak bongsu aku ditinggalkan kalian kira? Mereka 3 beradik lahir rapat. Aku bersengkang mata untuk semua keadaan. Aku bertegas dengan pelbagai perkara supaya aku dapat melahirkan benih yang elok, jadi anak yang soleh.
Cemerlang dunia dan akhir4t sebagaimana dambaan setiap ibubapa. Aku seorang ibu yang sendirian berjuaang untuk dapatkan apa yang terbaik untuk anak – anak. Ayahnya buat apa ketika itu? Ayahnya buat apa disaat ber4k k3ncing anak – anak aku yang selesaikan?
Ayahnya buat apa disaat anak – anak demam merengek sepanjang masa? Ayahnya buat apa saat aku yang berusaha mengajar tentang adab dan akhlak? Ayahnya buat apa saat aku membetulkan solat dan bacaan Al-Quran?
Ayahnya buat apa saat aku berjuaang agar anak cemerlang dalam pendidikan? Nothing. Aku benar – benar sendirian berjuaang. Tapi sekarang, suasana sudah berbeza. Saat anak – anak sudah jarang s4kit demam, saat anak – anak sudah besar panjang, ayahnya datang membawa pelbagai harapan. Harapan untuk men4wan kembali hati anak – anak. Mungkin.
Dan akhir – akhir ini hati aku seringkali tergur1s. Tergur1s bila anak sudah mula memenangkan ayah mereka bila aku menolak permintaan untuk beberapa perkara. Aku cuba bersikap positif. Tapi ia tetap tidak mampu menutup rasa sedih di hati.
Ingin sahaja aku luahkan pada anak – anak. “Anak – anak tolonglah ingat kembali, selama ni siapa yang banyak berjuaang untuk kalian? Di mana ayah kalian saat ibu berjuaang sendirian?” Namun, aku tahu sampai bila – bila pun ayat ini hanya sekadar tersekat dan berbungkam dalam hati atas satu sebab. KERANA ITU AYAH MEREKA. – Yatt (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Hazwani : Teruskanlah berdamai dengan takdir. Tanggungjawab sis dah berjayà sis lakukan. Berjaya mendidik anak menghorm4ti ayah mereka, berjaya membesarkan anak – anak. Jadi di akhir4t kelak tidak akan ada persoalan yang perlu dijelaskan.
Sekarang ni anak – anak dah besar dan mereka memilih ayah. Tak mengapa sis, jangan berharap lagi. Berharap pada manusia memang akan selalu kita akan kecewa biarpun peng0rbanan kita banyak. Akhirnya kita akan selalu tak dihargai. Sekarang kita berharap pada Allah aje, fokus pada kbahagiaan sis. Anak – anak pun dah besarkan, biar diorang mlekat kat ayah diorang aje. Dah tiba masa ye untuk sis bahagiakan diri sendiri. Good luck sis.
Anie Alja : Puan, anak tengah remaja, mereka akan sentiasa mencari orang yang tak banyak songeh. Kita jadi mak, tengok pe’el mereka hari – hari, kitalah musvh paling durjana. Saya yang ada suami pun alami yang sama. Bukan saja kecik hati, kecut macam asam ko.
Lepas anak 18 tahun, hormon dah stabil, kepala otak dah tenang, mereka akan cari kita semula. Tapi saintis kata, anak lelaki lambat matang. Kena tunggu umur 25 tahun. For the time being, puan cari kawan untuk berkongsi rasa. Percayalah, esok – esok anak sedih. Mereka tetap mencari mak.
BACA: ‘Mana anak akak yang lain’ Wanita sangka suami outstation rupanya balik rumah bini kedua