‘Saya harap dia tak akan bahagia selamanya’ Wanita baru tahu jadi mangsa seksual saudara sendiri

Oleh ISMAIL YAHYA

Hi semua, pernah saya cerita “kisah seram pertamaku” , sebelum ini, ada yang mengkritik tak faham bahasa yang saya tulis,

mungkin sebab bahasa kebangsaan bukan bahasa pertama saya tapi bahasa kebangsaan ini bahasa harian saya,

Mungkin saya ada salah mana2 dan ada hari itu saya salah tulis “bola jaring” yang sepatutnya “bola kerajang”,

terima kasih saudari yang menegur saya tapi ada juga yang tanya apa kaitan agama dengan kemahiran menguna bahasa kebangsaan.

Saya nak jawab untuk pertanyaan saudara, jawapannya sebab saya tak nak orang salah faham kalau mana2 bahasa perkataan saya tak faham atau tersilap kata.

'Saya harap dia tak akan bahagia selamanya' Wanita baru tahu jadi mangsa seksual saudara sendiri

Hari ini saya nak cerita tajuk “lelaki perangai gatal” (bukan semua) tetapi saya nak cerita kisah silam saya 25 tahun yang lepas.

Masa itu umur saya hanya 5-6 tahun yang berstatus kanak-kanak dan bukan macam zaman sekarang banyak penerangan orang bagi tentang “bad touch good touch”,

Zaman dulu tak ada orang nak bagi advises macam ini kepada kanak2, nak bincang atau cerita kepada sesiapa pun tak boleh sebab tak pasti perangai itu baik atau buruk, tak pandai nak fikir.

Saudara-mara saya semua dekat2, saudara yang sangat rapat dengan family saya sebelah ibu dan sebelah ayah, dan mak ayah saya sangat peramah orangnya mungkin sebab itu banyak saudara mara saya suka datang tinggal di rumah kami masa cuti sekolah.

Masa cuti banyak sepupu saya couzins yang akan tinggal bersama2 di rumah saya atau kami adik beradik pegi tinggal rumah mak cik kalau mak ayah saya ke luar negara.

Rumah mak cik saya (adik kepada mak saya) bukan jauh, kita tinggal sama bandar di taman yang sama jugak. Tapi mereka kerja biasa sahaja suami kepada makcik saya driver lori dan mak cik saya suri rumah, mak ayah saya tak pernah berstatus dengan mereka.

Anak pertama mak cik saya lelaki yang berumur 4 tahun lebih tua. Semasa di rumah mak cik pada masa tu pernah dia suruh main-main “ibu bapa” – dia kata “lets play mommy daddy” macam tu.

Every time, dia selalu brainwash saya cakap ini semua normal memang semua orang main. Setiap kali ke rumah mak cik saya memang dia ajak saya bermain…

Sekarang nak fikir macam mana saya nak terangkan dekat sini menulis tentang trauma perasaan rasanya saya tak dapat (I unable to put my emotion in words).

Dia sentuh saya, dia buka baju saya, dia buat benda bukan2 sumpah saya nak bagi tahu saya tak tahu macam mana saya nak terangkan tapi dah lama saya simpan semua ini dalam hati saya.

Saya nak cerita tapi tak dapat platform yang baik untuk cerita, tak pernah saya cerita kepada sesiapa tapi semua ini berlaku sampai saya masuk 12 tahun.

Emosi, perasaan saya, banyak yang saya simpan rahsia itu menjadi satu advantage untuk si “dia” untuk memperlakukan saya macam itu.

Tapi saya rasa bukan saya seorang sahaja yang menjadi mangsa kepada dia tapi ada jiran saya (perempuan, 1 tahun lebih dari saya) yang cerita dekat saya yang Si dia “abang saudara” pernah bawa dia pergi ke tadika kemas (just belakang rumah saya sahaja) –

Masa tu tak ada cctv semua – pernah sentuh dia di tempat yang bukan2. Masa itu umur saya lebih kurang 10-11 tahun.

Saya pernah pergi jumpa mak cik saya cerita semua apa yang abang saudara saya buat dekat saya, jiran saya, tapi mak cik saya brainwash saya cakap ini semua normal. bukan satu kesalahan.

And dia pun pernah threaten saya cakap jangan bagitahu dekat sesiapa sebab tak ada orang akan percaya saya dan saya sendiri yang akan buat diri saya malu.

Boleh ke mak cik saya sendiri bagi tahu saya macam ini, ssekarang saya tengok mak cik saya pun jijik geli, Dia boleh bagi tahu yang anak dia tak buat salah.

Lepas beberapa tahun baru terbuka hati saya untuk bagi tahu dekat mak saya, dia nangis kepada saya tanya saya kenapa saya tak bagi tahu dia pada masa tu… saya tak ada jawapan.. tak tahu kenapa saya tak bagi tahu dia.

Suami kepada mak cik saya pernah 2-3 kali suruh saya dudk atas kaki dia and sentuh saya jugak. Saya siap bagi saya lollipop dan lepas itu dia ke tandas, masa tu saya tak pasti kenapa dan apa yang sedang berlaku.

Macam mana eh kalau saya sendiri yang lalui semua ini mesti banyak perempuan lain yang pernah lalui jugak dan mesti dah lama pendam simpan perasaan kan?

Hari ini saya kongsi sebab saya nak release daripada mental torture ini yang menghantui saya selama hidup saya sebelum ini.

“Have the guys thought what we will go through after everything happens”… Ada pernah lelaki seperti ini fikir apa yang akan kita lalui selepas apa yang terjadi masa kanak2.

Zaman kanak2 saya trauma, masa remaja saya jadi phobia, saya menjadi orang yang senyap, orang yang selalu bersendirian, orang yang jadi geli atas diri sendiri just sampai satu tahap dimana one time saya cerita kepada mak saya.

BUT

“KARMA IS REAL” guys. Setiap perkara yang kita buat tuhan selalu bagi instant cash pay macam tu je. I waited what will happen to them at the end, saya tunggu.

Saya simpan dendam tapi bukan dendam yang saya nak bunuh ke apa tapi dendam saya nak tengok dia suffer secara naturall.

Hadiah tuhan yang paling indah sekali, end up mak cik saya jadi gila (orang hilang akal) mungkin sebab cemburu, banyak kes mak cik saya ni… banyak yang dia buat dekat kita dan keluarga saya.. suami dia tak ada perkerjaan, so anak2 dia yang kene bagi duit.

Anak lelaki dia tak jadi kahwin, tak dapat beli harta, nama jadi balcklist, dulu kerja singapore kene accident so tak boleh kerja lagi dekat situ.

We as family totally dah tak involve dengan keluarga dia. “Saya harap dia tak akan bahagia selamanya”, saya tak dapat nak maafkan dia.

Saya jadikan platform ini sebagai satu platform untuk menurunkan rasa berat hati saya, self release. ini bukan salah saya, saya tak minta untuk disentuh atau dijadikan bahan kepada lelaki gatal seperti ini.

Kalau ada adik2 kakak2 yang pernah lalui jugak, yang simpan dalam hati yang sudah hancur itu, I stand with you. My prayers with you. Kita akan bagi semua ajaran yang baik kepada generasi yang akan datang.

Salam Madani dan Hari ini Hari Merdeka 31.08.2024, Hari merdeka untuk saya juga.

Terima kasih yang sudi membaca..

Dari saya,

– Ms Lily (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Awak tu andartu sedarlah diri sikit! Orang dah tak nak, blah jelah’ Lelaki menyesal hina bekas kekasih