Siapa sangka aplikasi ini berjaya membantu seorang lelaki dari Indonesia, Ervan Wahyu Anjasworo yang berusia 17 tahun,
untuk kembali ke pangkuan keluarganya selepas diculik dan hilang selama 11 tahun.
Ervan dilaporkan hilang pada usia 5 tahun di Jakarta setelah diculik oleh seorang penyanyi jalanan ketika dalam perjalanan untuk
memulangkan mainan yang dipinjamnya. Dia kemudian dipaksa membuat persembahan jalanan di sekitar Jakarta bersama lelaki tersebut dan terpaksa hidup merempat di jalanan selama hampir 2 tahun.
Setelah dua tahun, mereka terpaksa berpindah ke Surakarta untuk sebulan sebelum kembali ke Jakarta
Dalam perjalanan pulang ke Jakarta, mereka singgah di Bogor. Di sana, lelaki tersebut melarikan diri dan meninggalkan Ervan seorang diri di sebuah masjid setelah terdengar bunyi siren polis.
Dengan belas kasihan, Ervan yang dijumpai kemudian diambil dan dijadikan anak angkat oleh seorang Ketua Rukun Tetangga di kawasan tersebut. Namun, nasib malang menimpa Ervan lagi apabila bapa angkatnya meninggal dunia tidak lama selepas mereka tinggal bersama. Ervan kemudian dijaga oleh cucu bapa angkatnya sebelum dihantar ke rumah tumpangan kanak-kanak di mana dia tinggal selama bertahun-tahun.
Beberapa tahun kemudian, ketika menjalani latihan praktikal di Pusat Rehab Sosial Anak Berhadapan dengan Hukum (PRSABH) di Bogor, Ervan secara tidak sengaja membuat carian di Google Maps mengenai sebuah pasar yang sering dikunjunginya bersama neneknya semasa kecil, iaitu Pasar Gonggang.
Dia mula membuat carian setelah menemui beberapa jalan yang biasa dilaluinya semasa kecil seperti Jalan Wonogiri, Boyolali, dan Sragen.
“Pada bulan September lalu, ketika saya menggunakan komputer, saya secara sengaja membuka Google Maps untuk mencari maklumat. Pada mulanya, saya mencari info tentang bandar Solo. Solo mempunyai beberapa tempat seperti Wonogiri, Boyolali, dan Sragen.
“Saya melihat satu persatu melalui Street View dan akhirnya menemui Pasar Gonggang yang kelihatan sama seperti ketika saya masih kecil,” katanya.
Dia kemudian memberikan alamat pasar tersebut kepada seorang pekerja di tempat praktikalnya yang memohon bantuan ketua mereka. Dengan bantuan ketua jabatan, berita tersebut akhirnya sampai ke beberapa wilayah dan akhirnya tiba di Sragen.
Beberapa bulan kemudian, Ervan menerima sekeping foto dirinya bersama keluarganya ketika itu, dan jelaslah bahawa itulah orang yang dicari selama ini.
BACA: Fahmi Fadzil sekolahkan Tun M, minta ingat balik zaman pemerintahan ‘Kuku besi’