Assalamualaikum dan salam sejahteraNama aku Siti dan semestinya bukan nama sebenar.
Sedikit tentang aku, seorang perempuan yang berumur awal 30 an, dan suami hujung 40 an.
Kami masing masing kawin lambat dan usia perkahwinan kini, baru menginjak setahun lebih.
Dan untuk pengetahuan semua kami PJJ disebabkan kerja aku yang susah untuk bertukar.
Sekarang dalam proses pertukaran, mampu tunggu saja. Tak tahu bila nama akan naik. Huhuhu.
Aku kenal dengan suami sekejap je melalui kawan aku. Setahun kami kenal then decide untuk kawin sebab masing masing dah bujang terlajak.
Nak kata kawin dengan stranger tidak la kan sebab kawan aku memang berkawan baik dengan dia. Dan kawan aku tu semestinya lelaki, kawan satu tempat keje dengan aku.
Ceritanya disini, setahun kawin aku masih anak dara. Suami aku tak pernah sentuh aku sepanjang kawin.
Masa mula mula kawin pernah dia cuba sentuh aku, tapi masa tu aku datang bulan, ceritanyaa tak la kan.
Second time attempt, pon tak berjaya sebab dia punya tak naik. Dia cuba tapi tak berjaya.
Aku okay sebab takkan nak paksa dia. Lagipon aku fikir takpe laa awal lagi, nanti nanti boleh cuba lagi.
Dan rupanya itu lah kali terakhir kami cuba untuk lakukan hubungan suami isteri. Lepas pada tuuu memang tiada.
Aku dengan suami kan PJJ, jadi aku akan cuba balik untuk jumpa suami 2 minggu sekali atau kalau tak dapat cuti dalam 3 minggu sekali.
Tapi kadang kadang seminggu sekali pon aku cuba balik sebab nak jumpa suami.
Ceritanya memang aku yang akan travel sebab kalau aku balik, family aku pon dekat dengan tempat dia. Jadi kalau balik, memang boleh jumpa family aku sekali.
3 bulan, 6 bulan, 8 bulan berlalu. Sepanjang aku balik kampung, takde pon reaksi dari suami yang eksaited nak jumpa isteri.
Yelaaa sebab PJJ kan, jarang jumpa. Biasanya mesti eksaited kan kalau time isteri balik. Aku jelaaa yang beriya eksaited “rindunyaaa awak”.
Dia rilek jeee. Macam takde perasaan. Time nak tidur pon takde nak peluk isteri macam dah lama tak jumpa.
Bila masuk bilik, biasanya aku dah tidur sebab aku memang tidur awal. Awal pon dalam pukul 11-12 macam tuu. Suami aku memang sentiasa akan tidur lambat.
Dan tiap kali dia masuk bilik nak tidur, aku akan terjaga. Dia masuk masuk bilik, letak kepala terus tidur. Aku tertunggu tunggu jugak kot nak laa peluk bini kan. Tapi takdeee.
Berbulan bulan semua tuu berlalu macam tu saja. Jangan cakap aku tak cuba goda suami yee.
Dah macam macam aku buat, tapi still dia ignore jee aku. Haihh. Aku tebalkan jee muka goda suami sendiri.
Masa awal awal kawin, suami ada juga minta maaf sebab dia tak sempurna. Dia salahkan diri dia pasal semua nie.
Dia cakap mungkin Allah nak hukum dia atas apa yang dia buat masa muda dulu.
Aku tak tanya lebih pasal masa muda dia, bagi aku past is past. Aku terima seadanya dia yang sekarang.
Dalam tempoh perkahwinan selama nie, aku cakap dekat dia, nak ke aku belikan ubat or apa apa untuk tolong dia?
Dia cakap boleh, then aku belikan dia supplement untuk batin dia. Aku pon taktahu dia makan ke tidak. Dia cakap dia makan. Tapi who knows kan.
Suami aku seorang suami yang baik sebenarnya. Seorang yang pemurah. Suka belanja orang.
Nafkah zahir memang dia utamakan walaupon kadang kadang dia pon kering bulan tu, tapi dia cuba juga usahakan bagi nafkah zahir dekat aku.
Aku faham sebab aku pon berkerja. Sesekali aku ada juga hulur duit dekat suami. Susah senang sama sama kan. Suami selalu juga tolong family dia dari segi kewangan.
Yee memang suami aku baik physically.
Masa berlalu, aku pernah tanya dia, “sebenarnya awak bernfsu ke tidak dengan saya”
Dia cakap entah laa, ada rasa bernfsu tapi dia punya tak naik. Aku masa tu sedih jugak. Taktau lagi nak tolong macam mana. Nak ajak buat urutan batin dia tak percaya.
Nak ajak jumpa doktor, aku takut dia taknak. Yelaa dia kan lelaki. Mesti ego tinggi.
Sampai satu tahap aku fikir, suami aku niee songsang ke ?
Allahuuu minta jauh laa masa tuu.
Lepastu aku terfikir juga kot kami nie terkena sihir pemisah.
Tapi kami suami isteri, tiap kali aku balik jumpa dia, satu solat fardhu mesti berjemaah sama sama tiap tiap hari. Dan bab bab agama dia memang ambik berat.
Suami bukan laa alim, tapi solat fardu 5 waktu memang dia buat. Siap pesan dekat aku supaya tutup aurat walaupon tak sempurna, tapi cuba.
Masa makin berlalu genap setahun kawin. Aku memang tak pernah check telefon dia. Dan tak pernah cuba minta password telefon dia sebab bagi aku dia pon ade privacy dia sendiri.
Dan dia pon tak pernah nak bagi password telefon dia dekat aku.
Cuma aku ada cakap dekat suami, walaupon saya tak boleh buka telefon awak, saya tak tahu apa ada dalam telefon awak. Saya harap awak tak buat benda yang bukan bukan belakang saya.
Aku cakap lagi, Allah kalau nak tunjuk salah awak, kejap jee Dia nak tunjuk dekat saya. Tak perlu saya check pon.
Satu hari tak tahu macam mana aku ternampak password suami masa dia tengah nak guna telefon.
Sebelum nie aku pernah intai intai, memang tak dapat tengok. Tapi hari tu aku tak intai pon. Tapi Allah Maha Kuasa, aku ternampak.
Malam dia dah tidur. Aku cuba nak buka telefon suami, tapi aku berbelah bahagi. Aku takut aku jumpa benda yang bukan bukan. Aku takut nak hadap kalau ade mende yang tak elok aku jumpa.
Tapi takpe la, aku buka telefon dia. Lepas tu terus masuk wassap. Buka wasap, yang keluar tu gambar tiket flight.
Mungkin dia nak tidur, dia tak keluar dari wassap tuu, terus lock telefon. Aku baca conversation dia, Allah ketar tangan aku.
Rupanya memang betul suami ada buat mende tak elok belakang aku. Rupanya dia ada partner lelaki. Sedih aku masa tu Allah yang tahu.
Mengalir air mata, tapi aku tahan sebab taknak dia terjaga. Dan dari conversation tu, diorang memang berpasangan dan buat benda yang dilarang.
Rupanya instinct seorang isteri tuu memang betul. Cuma cepat dengan lambat jee Allah nak tunjuk.
Dan tiket tu mengatakan bawasanya partner dia akan datang jumpa dia tarikh sekian sekian. Dan tarikh tuu memang akan datang, bukan past kee apa.
Sedih luluh lagi hati aku nie seorang isteri. Patut la dia tak sentuh aku selama nie.
Sekarang nie aku taktahu nak buat apa. Lepas kejadian yang kantoi dengan aku, aku still react macam takde benda yang jadi.
Tapi Allah je yang tahu.
Aku takut nak berdepan dengan dia. Aku takut apa yang akan jadi lepas tu. Aku takut dia naik tangan sebab kacau privacy dia. Semua aku takut.
Dan sememangnya aku memang nak jaga aib suami aku. Tapi sekarang aku memang lost.
Aku hanya mampu doa kat Allah mintak bukakan hati suami aku untuk berubah. Dan sebelum kantoi, memang dia ada cakap dia nak sangat zuriat sendiri.
Tengok orang lain mudah je dapat anak. Aku okay sebab aku pon nak zuriat. Selama nie pon aku tak pernah push dia yang aku nak anak sebab aku takut dia pressure dengan permintaan aku.
Tapi bila dah kantoi macam nie sungguh aku hopeless.
Aku mampu menangis mengadu dekat Allah saja. Kuatkan hatiku seorang isteri yang lemah.
Sungguh besar ujian yang Allah bagi dekat aku.
Allahu Allah.
Reaksi Warganet
Noor Ashikin –
Zaman ni memang ada laki yang beristeri dan ada anak, tapi tak tinggal partner laki dia tu.
Tak pasti lah isteri isteri mereka tau atau tidak aktiviti suami mereka.
Cuma bagi saya baik berpisah jerr sebab takut kena H.I.V atau apa apa penyakit yang berkaitan.
Ari tu dah ada doktor cerita gejala penyakit ni di daerah dia dalam IIUMC ni. Ramai pulak tu terjangkit. Nauzubillahiminzalik 😣.
Allah dah bagi petunjuk awal dekat puan ni, jadi sila ambik tindakan.
Lilie Mail –
Sebagai seorang perempuan yang ramai kawan songsang, harapnya minta lah fasakh puan.
Ramai kawan saya dah berkahwin, ada anak 2 3 orang tapi bila jumpa geng sekufu mereka keluarlah cerita cerita songsang bila nak jumpa, siapa yang free tempat mana nak buat.
Sepanjang saya hidup ni tak ada seorang pun yang berubah walaupun umur dah jejak 40an..
Isteri masing masing punyalah baik cantik berkejaya, jaga rumah, anak anak serba serbi baik tapi suami main belakang.
Again, percaya lah puan, mereka tak akan berubah. Puan yang kena keluar dari hubungan dengan suami puan.
Lily Lin –
Benda camni jangan simpan lama lama. Kena berdepan dengan dia. Kalau kuat, bimbing dan sokong dia untuk berubah. Jumpa doktor ke kaunselor minta advice.
Tapi kalau tak kuat dan dia pun tak nak berubah, then mintak lepaskan.
Bagi I, suami u selfish. Dia kahwin sebab nak tutup mulut orang then nak anak.
Katakan lepas ada anak, u yakin ke dia boleh bimbing dan jaga u dengan anak elok?
Masrurah Shuhaimee –
Kena bertemu mata dalam hal ne sis. Kenapa nak diamkan sorang? Biar dia tau benda maksiat dia awak dah tau.
Biar dia tau awak ada stance awak dalam marriage ne. Ada hak awak yang perlu dipertahankan.
Mintak kekuatan dan dpermudahkan jalan dari Allah. Waktu berbincang tu, awak kena firm, awak kena tegas.
Kalau kata dia nak berubah, awak akan sentiasa ada disisi dia. Kalau dia tak nak atau tak boleh berubah, cakap elok elok awak tak boleh nak stay dan bersubhat dengan maksiat ne
Sumber – Siti (Bukan nama sebenar)