‘Suami aku orang tengok tegak, tapi orang tak tahu akulah sebenarnya yang siap kan suami atas sampai bawah’

Oleh ISMAIL YAHYA

Salam semua. Aku tulis ni sekadar untuk meluah rasa yang terbuku. Aku harap komen yang baik² sahaja sebab aku tengah terluka yang tak sembuh².

Aku Timah. Dah 7 tahun kahwin dan belum direzekikan anak. Bukan menyokong childfree, tapi kami belum diberi rezeki itu.

Aku kena beritahu awal² sebab aku kerap dikecam soal anak.

Kami berdua sihat. Dua² berjawatan agak mapan. Aku anak bongsu, suami pula anak lelaki sulung.

Tiap kali kami bercuti, banyak suara sumbang dari keluarga dan kawan yang cakap kami beruntung sebab masih boleh honeymoon dan tak perlu fikir persiapan anak.

'Suami aku orang tengok tegak, tapi orang tak tahu akulah sebenarnya yang siap kan suami atas sampai bawah'

Suami aku lagak tegas diluar, tapi tak siapa tahu, aku lah yang persiapkan atas ke bawah, luar dan dalam suami. Macam anak kecil dan aku lah ibunya. Aku seronok je buat semua ni yang mana ladang pahala untuk aku.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Keluarga suami dari tengah kota pencakar langit, keluarga aku pula hanya di tengah perumahan taman. Kalau dari segi cara berfikir memang aku akui agak berbeza.

Keluarga suami agak moden, kekeluargaan tapi kedekut. Keluarga aku pula, lebih ke kampungan, kami di didik supaya lebih berdikari sendiri dan kalau perlu apa² mereka pasti akan usaha bantu jika diminta. Tapi sebab dah biasa berdikari, aku tak pernah lagi minta apa².

Suami ada whatsapp group keluarga dan tiap hari berhubung, tapi keluarga aku tidak. Kami jarang berhubung, tapi tiap seminggu dua ada lah sesekali kami bertanya khabar sesama sendiri.

Kalau dari segi ekonomi, bapak aku pesara kerajaan. Jadi kelangsungan hidup guna duit pencen untuk hidup berdua dah memadai.

Orang tua suami bekas pekerja swasta yang dulunya bergaji besar tapi termakan hasutan scammer, jadi mereka tak ada pendapatan tetap lagi. Mujur ibu dia ada exit plan beli rumah kos rendah dan buat sewa. Situ lah diorang bermula menabung balik.

Panjang pula mukadimah aku. Seperti tajuk, cerita yang aku ingin kongsi hari ini tentang mertua aku dan juga mertua suami aku, a.k.a orang tua aku.

7 tahun kahwin tapi kami belum memiliki rumah lagi. Hidup menyewa dan masih lagi terkira² kawasan perumahan mana yang bakal kami beli. Suami penjawat awam yang bila² masa akan dipindahkan.

Disebabkan itu, aku ikut suami merantau ke negeri orang dan bermula dengan gaji yang sangat rendah. Pernah terfikir untuk pjj dulu, tapi aku kurung niat sebab risau tinggalkan suami.

Apa yang buat aku rasa aku menantu yang tak dianggap? Dari awal pertunangan, ibu menolak untuk sarungkan cincin sewaktu majlis dengan alasan beri penghormatan kepada nenek. Tapi makcik² suruh ibu. Maka terjadi insiden tolak menolak disitu.

Nenek tak banyak bunyi, atas wheelchair bergerak perlahan kayuh roda kearah aku sambil tersenyum tanda menerima aku dalam keluarga dia. Sejak itu aku lebih rapat dengan nenek berbanding ibu.

Sedih pula bila ingat moment tu. Majlis pertunangan tu kali ke2 aku berjumpa ibu sebab aku dulu belajar luar negeri. Sama juga dengan suami.

Pertama kali jumpakan ibu abah dia dengan mak bapak aku sewaktu raya, setahun sebelum pertunangan. Selang beberapa bulan bertunang, kami nikah. Alhamdulillah semua lancar.

Kemudian bermula lah pelbagai kata² dan perlakuan ibu yang aku rasa seperti tak di sambut. Aku pujuk hati supaya jangan jadi terlalu sensitif tapi aku manusia biasa sahaja ada perasaan.

Awal borak dengan abah dan ibu, diorang bercerita tentang bekas² teman wanita suami dulu. Abah banyak terlepas kata tapi aku boleh rasakan yang abah ikhlas. Ibu pula banyak berkias. Kiasan ibu bukan untuk menjaga hati tapi pedih juga kadang².

Ibu asyik ulang memuji kawan aku yang jadi bridesmaid aku waktu kahwin. Tak dinafikan, kawan² aku semua cantik² dan kecil molek.

Aku pula sejenis galah. Kalau diri sebelah suami memang lebih kurang tinggi, belum lagi pakai heels. Keluarga suami pula kecil², jadi aku kelihatan seperti giant bila dengan diorang.

Kami jarang balik. Tapi kalau dikira, aku lebih banyak balik belah suami dari keluarga aku sendiri. Setahun lebih perkahwinan, pernah aku dipulau ibu dan kakak² suami sewaktu balik. Entah mana silap, waktu berkunjung rumah kakak suami, mereka semua berkumpul dalam bilik.

Sedangkan aku terkuntang kanting di ruang tamu dengan yang laki². Lebih pedih bila anak² kakak yang masih kecil keluar masuk bilik sambil ketawa beritahu aku, bonda diorang bercerita tentang aku. Aku diam, tebalkan muka. Buat tak tahu.

Kebanyakan waktu balik adalah disebabkan ikut suami berkursus. Penjawat awam ada waran, aku pula beli sendiri tiket. Sudah tentu aku pilih tambang murah. Beza perasaan balik ke belah suami dimana mereka selalu akan drop kami di tempat tiket suami.

Aku perlu ambil train sendiri ke tempat tambang murah. Kalau balik ke belah aku tak jadi masalah sebab ada satu tempat sahaja dan mak bapak aku seronok untuk ambil dan hantar walaupun menaiki kereta legend bapak.

Pernah juga kami balik belah suami dimana suami tak beritahu awal untuk singgah. Aku dengar dalam talian ibu seakan marah sebab tak beritahu awal bawa aku balik. Katanya belum kemas rumah.

Berbeza dengan mak aku. Kalau nampak rumah sepah, kemas sendiri lah. Bilik ada je, nak balik anytime tak beritahu pun tak apa sebab dari zaman belajar aku suka balik mengejut.

Sebab ibu marah², suami bawa aku jalan pusing bandar dulu sebelum pulang rumah ibu. Sampai rumah, aku rasa biasa sahaja. Rumah ibu memang tak pernah bersepah pun. Tak tahu apa yang ibu kemas. Ibu ada masak, walaupun aku tak makan malam, aku makan juga. Ambil layan diri.

Tapi untuk suami, ibu tuangkan. Benda kecil je. Separuh hati aku kata biarlah ibu dia nak manjakan anak dia. Separuh hatu aku pula cemburu, kenapa lah tak tuangkan untuk aku juga.

Mak aku walaupun kekadang menyebalkan, bab makan dia akan tuang dua pinggan untuk kami sorang satu. Sedih juga bila teringat.

Baru² ni aku beli kereta letak kat rumah kakak aku. Kami berkongsi bayar. Akak guna untuk ke office atau pasar. Tapi anytime aku balik, aku boleh ambil. Semua berpunca sebab suami selalu mengeluh bila abah tak beri pinjam kereta waktu kami balik.

Aku sorok dari suami cakap itu kereta kakak supaya dia beringat bila nak gunakan kereta tersebut. Semua keluarga suami terkejut bila tahu kakak aku beri pakai kereta berminggu². Aku hanya tersenyum beritahu yang akak sayangkan aku.

Setiap kali balik, seolah jadi isu besar bab makan. Ibu sentiasa beri alasan penat untuk masak. Aku bukan tak nak masak, tapi dapur ibu seakan bukan tempat untuk aku guna. Pernah aku offer diri untuk masak, hujung² ibu juga takeover.

Dari situ aku belajar ibu tak suka dapur dia aku sentuh. Jadi bila ibu mengeluh bab makan, nak buat² tak dengar bukan kepakaran aku. Aku offer diri untuk grabfood sahaja. Tapi guna kad suami haha.

Bukan itu sahaja. Ayat yang kerap diulang adalah dia beritahu yang mereka makan sedikit dan sekali sehari. Seolah² macam aku yang giant ni kuat makan dan penghabis beras.

Bila aku meluah dekat suami, terus suami belikan beras basmathi monghul untuk diorang. Tapi tetap juga diorang masak sikit² habiskan beras lama dulu.

Beza kalau menantu lain yang datang. Segala kuih tradisional gigih dia buat walaupun dia tahu je yang penggemar kuih tu aku. yang lain² tak makan sangat pun. Aku bawa diri. Ada makanan, aku makan. Takbm ada, aku grabfood.

Waktu raya pula paling sedih untuk aku. Sedari kecil aku dibiasakan sekurangnya sehelai kurung baru. Tapi selepas kahwin, aku dimomokkan suami yang beli kurung baru adalah pembaziran sebab kami tak pakai lagi selepas raya.

Tahun pertama raya belah aku. Aku pakai baju lama, suami pula kebetulan bapak ada extra kurta belum pernah pakai, bapak beri pada suami.

Tahun kedua dan seterusnya aku belajar dari sini dan beli sendiri baju aku dan suami. Macam biasa, guna kad suami. Dia bising, tapi dia pakai juga dan baju dia selalu dipuji orang sebab aku beli yang berkualiti tapi murah.

Mertua aku? Tiap tahun beritahu ayat yang sama macam suami aku. Tapi hujung² dia pakai baju baru juga. Harga jauh lebih mahal. Mana nya part kata perlu berjimat tu? Pembelian anak² katanya.

A¼ku bukan juga menantu kejam. Bila suami nak spent untuk keluarga dia aku alu²kan. Tapi yang buat aku sedih bila diorang sendiri ulang² cakap suami aku bank diorang juga.

Amount yang diorang minta bukan kecil² dan ada juga yang bukan keperluan pun. Aku faham, suami anak sulung lelaki. Tapi bila hak aku pula suami tunda, jujur aku terasa.

Tiap kali aku ingin bincang hal ni, suami cakap aku ni anak perempuan tak perlu beri mak bapak. Syurga aku bawah kaki suami dan syurga dia bawah kaki ibu dia. Habis mak bapak aku?

Bukan aku melawan hukum atau apa pun. Aku cuma suruh dia beringat, dia ada adik lelaki juga yang gaji jauh lebih besar.

Jangan lah semua dia tanggung sorang sedangkan kami sendiri rumah pun masih menyewa. Nafkah aku lagi lah, hujung² kalau ada baki sikit dia berilah. Kalau tidak dia bawa ke bulan depan.

Saja aku listkan semua yang terbuku kat sini dengan harapan dapat padam lah supaya aku tak berdendam. Ini pun bukan semua dan bukan yang extream.

Aku susah nak benci orang. Aku sayang je mertua aku walaupun aku boleh rasa siapa sayang aku siapa tidak. Siapa yang terima aku, siapa tak suka.

Minta maaf juga kalau pada korang mungkin tak ada apa pun. Tapi macam aku dah cakap, aku manusia biasa dan ada perasaan. Banyak dah yang aku pendam sendiri. Bila diajak bincang dengan suami, mesti awal dia tidur pakej ngorok berdengkur.

Doakan aku diberi rezeki anak soleh dan solehah. Mungkin juga sebab aku banyak masa terluang, sebab tu perasaan yang bukan² ni selalu kacau.

Kena cari hobi baru selepas kerja supaya aku kekal sibuk dan tak fikir hal remeh ni. Tapi kalau aku letih akan effect usaha aku untuk mengandung pula. Bukan ke? Haha.. Semoga doa yang baik² buat korang juga.

– Timah (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Saya harap dia tak akan bahagia selamanya’ Wanita baru tahu jadi mangsa seksual saudara sendiri