Ramai rakyat Malaysia sebenarnya tidak tahu apa yang terdapat pada wang kertas Malaysia.
Mereka juga tidak terlalu mempedulikannya selagi wang kertas yang mereka miliki adalah asli dan boleh digunakan tanpa masalah.
Salah satu ciri yang ada pada semua wang kertas Malaysia ialah tanda tangan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada muka depannya.
Tanda tangan pada wang kertas ini akan berubah mengikut gabenor BNM yang sedang berkhidmat. Namun, ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui fakta ini.
Pada tahun 2019, kita dapat melihat tiga tanda tangan yang berbeza pada wang kertas Malaysia, iaitu tanda tangan
TS Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz, Dato’ Muhammad Ibrahim, dan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Selain itu, kita masih boleh menjumpai (walaupun semakin jarang) tanda tangan TS DS Ali Abul Hassan dan TS Dato’ Ahmad Mohd Don.
Berikut adalah senarai gabenor BNM sejak penubuhannya hingga kini (2019):
1. Sir Edward Bowring (1967-1969)
2. Tan Sri Ali Abul Hassan (1998-2000)
3. Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000-2016)
4. Dato’ Muhammad Ibrahim (2016-2018)
5. Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (2018-kini)
Jika diperhatikan dengan teliti, tiada nama “AISHAH” dalam senarai di atas.
Nama “AISHAH” sering disebut dalam dunia numismatik tempatan, terutamanya oleh pendatang baru. Mereka sering merujuk kepada tanda tangan pada wang kertas keluaran Bank Negara Malaysia sebagai tanda tangan “AISHAH”.
Sebenarnya, siapakah “AISHAH” tersebut? Adakah tanda tangan pada wang kertas itu milik si “AISHAH” yang dimaksudkan? Mari kita bongkarkan kisah dan fakta di sebalik misteri ini, yang sebenarnya bukanlah satu misteri.
Berikut adalah tanda tangan Tan Sri Ali Abul Hassan (AAH).
Jika diperhatikan dengan teliti, tanda tangan Ali Abul Hassan (AAH) kelihatan seperti “Aishah” dan wang kertas yang mempunyai tanda tangan beliau mula diedarkan pada tahun 1999.
Wang kertas RM2 siri 9 (tanda tangan di tepi) dan siri 10 (tanda tangan di tengah)
Denominasi RM2 dan RM10 merasmikan Wang Kertas Siri 9 dengan memasuki edaran pada bulan Januari 1999, diikuti oleh RM50 dan RM100 pada bulan Jun 1999.
Denominasi RM5 merasmikan Wang Kertas Siri 10 dengan memasuki edaran pada 27 September 1999, diikuti oleh RM2, RM10, RM50, dan RM100 pada 13 November 1999.
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan hanya menjawat jawatan gabenor selama 2 tahun, dari September 1998 hingga April 2000. Pada tempoh tersebutlah tanda tangan beliau dicetak pada wang kertas Malaysia dan telah diedarkan.