Tular di TikTok mengenai pengalaman pedih yang pernah dilalui oleh ibu-ibu ketika berada di wad bersalin.
Ada yang mengalaminya sendiri, manakala ada juga yang menyaksikan bagaimana pengorbanan para ibu tidak dihargai oleh suami.
Antara yang paling mengejutkan adalah seorang suami yang sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga hanya kerana melahirkan bayi yang mempunyai sindrom Down.
Ada juga suami yang tidak dapat menerima kenyataan anak sumbing sehingga nekad menceraikan isteri yang masih berada di bilik bersalin.
Di kala isteri memerlukan sokongan suami akibat keguguran, ada segelintir suami yang langsung tidak mengendahkan kesakitan isteri.
“Saya pernah dimasukkan ke wad kerana keguguran, tetapi suami tidak datang. Saya terpaksa pulang sendiri dengan berjalan kaki ke rumah. Bila sampai, saya lihat dia sedang ketawa-ketawa dengan keluarga di depan TV,” kata seorang wanita.
Malah, ada suami yang menganggap isteri sebagai beban kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit di hospital.
Di ruangan komen, ramai wanita meluahkan rasa terkejut dan mengkritik tindakan segelintir suami yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
“Bila perkahwinan hanya berasaskan nafsu semata-mata, lebih baik jangan berkahwin. Kasihan kaum wanita yang teraniaya.”
Menurut mereka, isteri yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat sepatutnya dilayan dengan baik, bukannya dibuang seperti ‘kain buruk’.
BACA: Padam rakaman CCTV dan curi duit kasino RM53 juta, Polis Korea buru wanita Malaysia