Diva AA tuntut penganjur mohon maaf, bengang bayaran tak sama ‘level’

Oleh ISMAIL YAHYA

Pengacara sensasi, Azwan Ali, yang lebih dikenali dengan gelaran Diva AA, telah menetapkan syarat kepada penganjur

Karnival Fiesta Raya Baling 2024 untuk membersihkan reputasinya selepas isu kontroversi yang melibatkan dirinya tersebar.

“Penganjur perlu bertanggungjawab membuat permohonan maaf serta mengemukakan bayaran lebih setimpal.

“Apa yang berlaku, selepas pulang dari acara itu, saya tak pernah timbulkan isu bayaran walaupun sebenarnya, ia bukan nilai saya.

“Saya tutup mata sebab mereka berkali-kali mengatakan, mereka tak ada bajet. Saya faham.

Diva AA tuntut penganjur mohon maaf, bengang bayaran tak sama ‘level’

Saya sanggup memandu sendiri ke Kedah seterusnya hadir di acara itu atas dasar persahabatan dengan Diva BB.,” katanya kepada Harian Metro.

Azwan juga menyatakan bahawa jika pertemuan dan penyelesaian tersebut tidak berlaku, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa penganjur termasuk Eira ke mahkamah.

Azwan juga mengajak pihak yang mendakwanya sebagai ‘pengkhianat politik’ dan yang telah mencetuskan kontroversi tersebut untuk bersemuka dengannya.

Sebelum ini, video Azwan bersama beberapa lelaki menari ala dangdut di sebuah acara di Baling telah tersebar luas. Aksi mereka mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai tidak menghormati bulan Ramadan.

Baca juga: Selama ini ingat sain ‘Aisyah’ tu wanita pujaan ramai, ternyata ini pemilik sebenar tandatangan