Guru umpama lilin yang menerangi kehidupan pelajar pelajar.Disebabkan usaha murni cikgu-cikgu di sekolah,
maka terhasillah anak anak yang bijak pandai yang mampu mengemudi kehidupan mereka seorang diri kelak.
Bahkan, bagi guru ini walaupun perlu menggunakan wang sendiri untuk membiayai anak muridnya itu tidak mengapa.
Kerana baginya hubungannya dengan pelajar amatlah penting untuk menggalakkan murid murid seronok pergi ke sekolah.
Assalamualaikum WBT. Aku seorang guru. Hodoh ke? Kulit gelap, pipi banyak kawah, kulit kasar dan kulit tidak lembut seperti wanita cantik yang lain, badan pun berisi. Kira hodoh la kan kalau ikut kamus orang Melayu.
Okay straight to the point. Dah bertahun menjadi guru sekolah menengah, aku cuba sehabis baik nak t4wan hati pelajar. Kalau pelajar lemah aku yang akan dekati mereka. Kalau pelajar ponteng sekolah, aku akan cari mereka di rumah untuk ajar.
Banyak sangat benda yang aku buat untuk pelajar. Aku pickup pelajar bermasalah di rumah dan ajak minum untuk dengar masalah mereka. Lepas tu aku beli macam-macam buku, alat tulis dan hadiah untuk tawan hati mereka agar suka ke sekolah.
Weekend aku pickup di rumah dan ajak gi library pastu aku buat personal tutoring untuk mereka. Paling penting aku build relationship yang strong dengan pelajar agar mereka selesa dengan aku dan rasa ingin ke sekolah.
Dari segi duit, tak payah cakaplah. Separuh gaji memang banyak habis untuk pelajar. Setiap bulan aku akan belanja pelajar – pelajar makan. Pelajar yang susah pula selalu minta tolong, jadi aku akan selalu bagi duit kepada pelajar susah untuk mereka buat beli makanan.
Sampai aku tak sedar sebenarnya aku takde saving pun. Sebab duit memang banyak habis kepada pelajar. Jujurnya aku ikhlas. Selama ni pun aku ikhlas. Sehinggalah tahun ni, keikhlasan mula teruji apabila pelajar tak pernah nak ucap terima kasih atas kebaikan aku.
Aku bukan nak minta disayangi pun, bukan minta untuk dibalas kebaikan aku, tapi aku hanya mahu ucapan terima kasih sahaja. Tapi sikit pun tidak keluar ucapan itu daripada pelajar. Aku ok je kalau pelajar tak kenang jasa aku. Memang aku buat lillahi Taala.
Tapi mulai tahun ni, aku tak tahu kenapa susah sangat pelajar nak ucap terima kasih. Padahal banyak gila aku buat untuk mereka. Untuk pelajar miskin, aku selalu bawa dia pergi jalan-jalan hujung minggu, belanja makan dan pakaian, ajar tuisyen personal secara percuma, tapi ending dia langsung takde ucapan terima kasih.
Aku sangka baik. Mungkin dia segan dengan aku. Maybe dia pendam je rasa terima kasih tu. Mungkin dia tak reti nak tunjukkan gesture thank you tu. Tapi sehinggalah ada seorang guru cantik datang ke sekolah kami. Guru itu muda macam aku, kami sebaya je. Cuma guru itu memang sangatlah cantik dan putih.
Ada suatu hari guru cantik itu belanja air kepada pelajar miskin yang aku selalu bawa keluar jalan-jalan tu. Pelajar miskin itu siap update story memuji cikgu cantik tu sebab belanja air kat dia. Siap ada gambar dia berdua lagi dengan cikgu cantik tu.
Padahal selama ni aku belanja dia makan setiap hujung minggu, belikan dia macam macam, tak pernah pulak dia update stories. Sampaikan takde orang tau pun aku selalu belanja dia macam-macam. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa. Terasa gila weh. Apa kurangnya aku?
Cikgu cantik tu baru belanja air sekali, tapi dipujinya cikgu itu tinggi melangit. Habis tu aku ni takde satu pun kebaikan ke? Sedih hati kecilku. Ohhh, lupa. Aku ni tak cantik. Sape nak update stories keluar dengan aku. Gambar dengan aku pun tak mahu. Yelah tak cantik kan.
Tapi aku sangka baik jelah. Mungkin sebab cikgu tu cikgu baru. Biasalah cikgu baru ni vibe dia lain sikit kan. Nak kata aku tak caring, gila tak caring. Aku selalu tanya khabar pelajar aku. Kalau whatsapp stories tak ok, aku akan reply dan cuba bantu.
In simple words, aku ni sangatlah concern dengan pelajar. Aku sendiri tak pernah nak marah pelajar sebab aku sayang mereka. Sehinggalah majlis graduasi SPM baru – baru ni. Macam biasalah, lepas graduasi tu mestilah pelajar akan bergambar dengan cikgu – cikgu kan.
Aku ni excited pakai cantik – cantik, melambai dekat students, ucap tahniah dan aku je yang beriya nak tangkap gambar dengan pelajar. Tu pun guna kamera aku. Kamera diorang takde pun ambil gambar dengan aku. End up, tengok story whatsapp pelajar semua penuh dengan gambar bersama cikgu cantik tu. Siap ada bagi hadiah lagi dekat cikgu cantik tu.
Pelajar miskin yang aku selalu bantu tu pun ada bagi hadiah dekat cikgu cantik tu. Padahal aku, satu hadiah pun takde dapat. Diikutkan cikgu cantik tu langsung tak rapat dengan pelajar. Dia pun garang suka marah dan cepat emo.
Tapi yelah, dia cantik. Dia marah pun tetap gojes. Nak banding dengan aku ibarat langit dan bumi. Entah mengapa. Hati aku jadi kendur. Entah mengapa, air mataku mengalir dengan sangat deras. Rasa s4kit sangat di d4da, tak tahu nak cerita bagaimana. Aku rasa sedih yang amat.
Macam-macam aku buat, sehingga aku korbankan keperluan aku sendiri untuk bantu pelajar, tapi lihatlah pengakhirannya. Aku seperti tidak wujud dalam cerita mereka. Menangis aku kesedihan. Tidak pernah aku berkecil hati begini.
Tapi hari ini, hingga ke saat aku menulis luahan ini, mata aku masih bergenang mengenangkan balasan mereka terhadap aku. Hanya kerana rupa aku tidak seindah guru cantik itu, adakah aku tidak layak untuk dihargai sebagai guru yang banyak membantu kamu?
Sudah banyak duit aku habiskan untuk menawan hati pelajar aku, tapi mengapa aku seperti tidak pernah berbuat apa pun? Ucapan terima kasih pun tiada. Namun untuk guru cantik itu, mampu pula pelajar miskin itu belikan hadiah untuknya siap karang ayat panjang – panjang untuk menghargai guru cantik itu.
Padahal sepanjang pengajiannya, duit aku yang menjadi sumber kewangannya. Inilah the real pretty privilege yang aku sedang alami. Aku tidak berd3ndam dengan guru cantik itu. Tapi aku terasa hati dengan pelajar – pelajar.
Masuk je bilik guru, penuh hadiah di atas meja cikgu cantik itu. Padahal baru berapa bulan je mengajar. Tapi atas meja aku dan meja guru – guru lain, kosong. Oh, begini rupanya per4ngai pelajar – pelajar aku. Aku ni tak lapar pun dengan hadiah – hadiah tu. Tapi sape je tak terasa kan.
Kalau tahu begini pengakhirannya, aku pun tak kuasa nak tolong mereka dan belanja macam – macam. Berpuluh ribu duit aku habis dengan membantu mereka. Tapi lihatlah, guru hodoh ini dilupakan begitu sahaja. Untung jadi guru cantik, sentiasa disayangi pelajar. Lesson learnt. Lepas ni, aku nak jadi selfish. No more kind hearted me. Aku dah penat jadi guru yang baik. – Didi (Bukan nama sebenar)