Jangan jadikan anak bank bergerak untuk memenuhi kepuasan diri anda sahaja, tidak cukup itu, bebankan anak dengan gelaran derhaka jika permintaan tak dipenuhi.
Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja, bila dah dapat, ibu bapa mula menagih elaun bulanan tanpa mengira keadaan ekonomi anak-anak.
Seorang wanita meluah perasaan kecewa dengan sikap ibunya yang walaupun mempunyai pencen tetap menagih duit dengan anak kerana sikap boros.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook Geng Suri Rumah.
Macam mana nak bagi tahu ibu dekat kampung yang selalu minta duit. Bila aku tak bagi nanti dia ungkit segala jasa dan label anak dia derhaka.
Mak aku tu sebenarnya dapat pencen tapi disebabkan dia boros makan RM3k sebulan pun tetap tidak cukup.
Aku ni anak perempuan, lelaki ada lima tapi yang jadi bank bergerak keluarga tu jatuh di bahu aku pula.
Bagi RM200, tak sampai tiga hari dia minta lagi. Aku penat-penat kerja, hari-hari makan jimat sampai bawa bekal sebab duit tak ada.
Mereka di kampung selamba makan mewah dengan ketam, sotong. Aku bukan berkira atau kedekut tapi bila di cop derhaka sebab tak bagi siapa sahaja tak rasa bersalah.
Bukan sekejap aku bersabar tapi dah tujuh tahun aku dilayan sebegini. Bayangkan duit dalam bank ada RM105 dan mak minta RM100.
Aku hulur cepat-cepat sebab ingatkan dia nak beli barang dapur rupanya duit tu bagi dekat adik perempuan aku ‘shopping’ dekat Watson.
Ya Allah, sedih rasa sedangkan aku kena ikat perut sementara tunggu gaji. Abang aku yang lima orang tu ada yang kerja biasa ada yang kerja kerajaan.
Tapi duit selalu tak cukup sebabkan anak ramai dan isteri semua suri rumah. Ada tak idea nak elak jadi bank keluarga, aku penatlah dengan perkataan derhaka tu.
Setiap kali bagi duit, mereka akan habiskan buat jalan-jalan ,makan kedai dan shopping. Kalau beli barang dapur aku tak kisah sangat.
Ini tak, aku dah sampai tahap kerja untuk mereka semata mata dan bukan untuk kesenangan aku.