Tidak akan melindungi kerabat yang terlibat jenayah, Tengku Hassanal titah Polis siasat segera

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menitahkan

polis untuk menjalankan siasatan segera, telus, dan adil mengenai dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu yang didakwa menyerang seorang lelaki pada bulan Jun lalu.

Tengku Hassanal menyatakan bahawa baginda memandang serius laporan berita yang tular di media sosial mengenai dakwaan

serangan yang melibatkan seorang kerabat Pahang dan sekumpulan individu terhadap seorang lelaki bernama Alias Awang.

Serangan tersebut didakwa melibatkan penggunaan senjata tajam serta pistol yang menyebabkan kecederaan.

Tidak akan melindungi kerabat yang terlibat jenayah, Tengku Hassanal titah Polis siasat segera

“Justeru, saya menyeru kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh secara segera, telus, dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

“Jika terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya tidak akan melindungi mana-mana pihak, termasuk kerabat, yang terlibat dalam jenayah atau kesalahan undang-undang,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan media hari ini.

Sebuah portal berita dalam talian melaporkan hari ini bahawa seorang lelaki yang bekerja sebagai pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa diserang oleh sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Diraja Pahang.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, menyatakan bahawa pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan. Kertas siasatan sebelum ini telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan lanjut.

“Ketika ini, kita sedang melengkapkan kertas siasatan seperti yang diarahkan sebelum dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” kata Yahaya.

BACa: ‘Semua aku cadang nak buat tak pernah mak nak sokong, lagi pelik sampai adik-beradik aku semua tiada common sense!’