Seorang pemilik kedai telefon buat laporan polis selepas ditipu oleh seorang tukang urut
Yang mencuri wang tunai hampir RM256,952 daripadanya melalui aplikasi perbankan dalam talian.
Mangsa, Wittawat, 47, berkata bahawa dia berkenalan dengan suspek yang dikenali sebagai Ray
selepas mendapatkan khidmat urutan di sebuah kedai di Bangkok bulan lepas.
Ketika hendak membuat pembayaran secara dalam talian, Ray meminta Wittawat menghantarnya pulang ke rumah dan kemudian menyuruhnya membuat pindahan wang semasa berada di dalam kereta.
Menurut Wittawat, sejak itu mereka semakin rapat dan Ray sering menghantar pesanan ringkas kepadanya serta datang ke kedainya. Apabila mereka bertemu, Ray berpura-pura cemburu dan meminta untuk memeriksa telefon bimbit Wittawat dengan alasan mahu memastikan Wittawat tidak berlaku curang.
Wittawat menyedari bahawa suspek mungkin menggunakan taktik tersebut untuk memindahkan wang daripada akaunnya menggunakan aplikasi perbankan dalam talian.
Dia menyangka Ray benar-benar ikhlas menjalin hubungan dengannya dan malah meminjamkan wang sebanyak 200,000 baht (RM25,695) kepada suspek meskipun mereka baru berkenalan dua minggu.
Kegiatan Ray akhirnya terbongkar apabila Wittawat menemui resit pindahan wang pada telefon bimbitnya yang dilakukan oleh wanita itu.
Setelah memeriksa, Wittawat terkejut mendapati bahawa suspek telah memindahkan wang sebanyak 39 kali kepada akaun peribadinya dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1.8 juta baht (RM231,256).
Bagi memastikan kejadian serupa tidak berlaku kepada orang lain, Wittawat mendedahkan kegiatan Ray dalam satu sidang akhbar dan membuat laporan polis.
BACA: Tidak akan melindungi kerabat yang terlibat jenayah, Tengku Hassanal titah Polis siasat segera