Assalamualaikum admin, boleh hide profile saya. Terima kasih. Assalamualaikum w4rga alam maya.
Saya sangat memerIukan sokongan moral atau nasihat – nasihat positive w4rga FB. Saya ringkaskan sedikit tentang jalan cerita hidup saya ye.
Begini, pada awal tahun 2022 suami saya curang pada saya dengan seorang isteri orang (suami ditipu, perempuan tu kata dia janda ).
Kemudian keadaan ni berterusan sehingga tahun 2023. Suami sedar silap dia dan putuskan hubungan dengan perempuan tu.
Suami saya seorang yang sangat sangat suka bersosiaI dan sangat aktif dekat TikT0k, perkenalan mereka pun melalui TikT0k jugak.
Saya sangkakan hubungan mereka tamat di situ, tapi masih lagi berhubung. Sehingga la tahun 2023, macam – macam la yang terjadi dalam konflik rumahtangga kami tapi saya cuba ringkaskan yang penting – penting saja.
Kemudian tahun lepas pada awal bulan 9 suami saya dengan tiba – tiba tanpa sebab dan berita keluar dari rumah kami dan duduk rumah mak dia. Sepanjang hampir 2 bulan saya tak call dan tanya khabar berita tentang dia, begitu juga dengan dia.
Saya dah malas nak ambik tahu sebab saya tahu per4ngai dia yang curang, berkawan dengan perempuan sana, perempuan sini. Langsung tak jaga batas pergaulan sebagai suami orang dan selama kami bersama pun saya ni macam tak wujud. 24 jam dengan handphone, TikT0k tak boleh tinggal.
Nak call isteri pun perlu ada sebab TAPI kalau dengan kawan – kawan takpe pulak all-time ada je masa. Masa ni saya dah mula fikir, ‘dia dah buang aku dalam hidup dia. Aku perlu kuat dan redha.’ Saya hanya jalani je hidup macam biasa tanpa fikirkan apa – apa.
Buat tak tahu macam tiada apa yang terjadi dan hati saya betul – betul kosong tiada rasa apa – apa perasaan pun. Rasa marah, sedih, kecewa, semua hilang. Hilang dan rasa kosong. Sampai la satu saat tu, suami bagitahu dia akan failkan perceraian dan tanpa fikir panjang, saya terus setuju.
Dalam hati saya berbisik, “Ya Allah, aku berserah padamu dan aku redha. Tanggal 10.11 genap la ulang tahun perkhawinan kami yang ke 13 tahun dan pada 13. 11 kami sah bercerai dengan taIak satu. Masa dalam mahkamah saya berdoa, “Ya Allah aku berg4ntung hidup padamu dan aku redha dengan ujian ini. Kuatkan aku.”
Apa jua kehendak suami telah saya ikutkan tanpa bantahan dan tanpa ada rasa penyesalan sikit pun di atas keputusan yang saya buat. Sampai la beberapa hari lepas pisah bekas suami kerap hubungi saya. Dia mesej saya, tanya khabar.
Dia mohon maaf atas apa yang dia buat dan bla bla bla. Bekas suami tanya boleh tak terima dia semula sebab dia dah sedar salah silap dia, macam – macam ujian yang dia hadapi. Dia dah tak ada sesiapa, kawan – kawan pun tik4m belakang.
Perempuan yang dia curang dulu viralkan dia dalam TikT0k, fitnah dia yang suami ni kaki sc4m perempuan dan macam – macam lagi la. Dia cakap lagi, semua perempuan yang dia kenal tak sama macam mana saya layan dia.
Dalam tempoh awal bulan 9 sampai kami cerai dia mula curang lagi dengan perempuan – perempuan lain siap pergi hiking bersama, ambik gambar berdua. Rupanya perempuan tu bini orang, siap kene ugvt dengan suami perempuan tu lagi.
Apa yang paling saya terk3jut, terkilan dan kecewa, dia siap boleh bertunang lagi semasa kami masih berstatus suami isteri. Korang bayangkan, lagi beberapa hari nak cerai dan sehari lepas cerai dia dan keluarga siap boleh jalan – jalan makan angin lagi bersama tunang dia.
Tup tup baru je beberapa hari bertunang dah putus dan sekarang nak berbaik semula pada saya. Jika ditanya apa perasaan saya pada dia, adakah masih ada sayang, masih ada cinta pada dia? Maaf, hati saya betul – betul kosong.
Tiada apa – apa rasa yang ada cuma rasa kasihan pada diri dia, rasa simpati pada dia sebab Allah dah MAKBULKAN doa – doa saya yang dia pernah curangi dan khi4nati saya dulu. Tanpa saya membaIas semula. Cukup diam, sabar dan doa.
Sekarang dia menerima kifarah atas perbuatan dia, saya di sisi dia saat ini hanya mahu kuatkan semangat dia, sebab diri dia betul – betul down dan depr3ssed. Berat badan pun m4kin susut. Masa saya masih dalam tempoh iddah, saya menerima dia semula tapi untuk bersama kembali saya memerIukan masa untuk ubati hati yang m4ti ini.
Komen W4rganet :
Farhana Yaakop : Move on je lah kak. Tak payah nak terima dah, kalau dah terima, curang lagi dan lagi. Sampai bila hati tu nak s4kit?? Fikir kak masa depan sendiri. Kita hidup ni sekali nak bahagia. Bukan d3rita kak.
Sal Surihati : Jangan la jadi b0doh jatuh di tempat yang sama berulang kali. Move on je la. Tak must4hil kalau terima balik dia akan buat benda yang sama. Buka la pintu hati untuk terima lelaki lain. Sayang berpada – pada la. Jangan buat keputusan yang akan buat awak menyesal seumur hidup.
Eija Eija : Ermmm.. Kalau saya jalan terus ja. Dia ada family, bagi family laa uruskan anak dia tu. Jalan – jalan makan angin best – best dengan “tunang” ada family dia hiraukan h4ng. Ermmm fikir – fikir laa bila Allah dah bagi jalan keluar. Teruskan ke depan. Bahagiakan diri kita je.
BACA: Rupanya ini sebab Presiden Rusia jalan tak hayun tangan kanan, ini sebabnya