Jururawat berjaya kumpul RM 146k hanya dengan buat OT, lain pula jadi bila SPRM beri salam

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat telah ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes tuntutan kerja lebih masa (OT) palsu.

Kesemua suspek ditahan di Kota Kinabalu, Sabah, dan mereka didakwa mengemukakan dokumen palsu untuk menyokong tuntutan OT bernilai sekitar RM146,000.

Jumlah tersebut benar-benar mengejutkan ramai pihak kerana ia melibatkan isu integriti.

Menurut laporan Buletin TV3, kesemua suspek berkhidmat di sebuah pusat kesihatan yang sama di Sabah.

Mereka telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekitar jam 9.40 pagi tadi,

Jururawat berjaya kumpul RM 146k hanya dengan buat OT, lain pula jadi bila SPRM beri salam

ketika mereka hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan mengenai perkara tersebut.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, mengesahkan bahawa siasatan awal mendapati empat wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah mengemukakan tuntutan OT palsu.

Datuk S. Karunanithy berkata, “Siasatan awal mendapati semua suspek, yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa.

“Tuntutan palsu ini berlaku dari tahun 2020 hingga 2021, sedangkan kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Buletin TV3.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Karunanithy turut mengesahkan bahawa kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu pendakwaan di mahkamah.

Beliau mengesahkan bahawa kesemua suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis ini.

BACA: Cari pendapatan tambahan, bekas tentera laut menyamar jadi doktor palsu sejak 2004!