Kalau dah jodoh memang tak kemana, pengetua sekolah 68 tahun kahwini bekas murid

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sepasang suami isteri telah menarik perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan antara pengetua sekolah dan pelajar.

Karman, 68, dan isterinya, Yuniara, mempunyai jarak usia 21 tahun. Mereka berkahwin pada Februari tahun lalu dan kini sudah dikurniakan seorang anak.

Menurut Karman, dia merupakan bekas pengetua sebuah sekolah menengah, di mana ketika itu, isterinya adalah pelajar di sekolah tersebut.

“Saya kini telah pencen. Kali pertama kami bertemu adalah pada tahun 2013 ketika Yuniara masih bergelar pelajar SMP (sekolah menengah rendah).

“Pada masa itu, saya sudah mempunyai isteri, tiga anak, dan dua cucu,” ujarnya, sambil menambah bahawa isteri pertamanya telah meninggal dunia.

Kalau dah jodoh memang tak kemana, pengetua sekolah 68 tahun kahwini bekas murid

Karman menjelaskan bahawa pada tahun 2019, selepas Yuniara tamat belajar di universiti, dia pulang ke Cirebon dan hubungan mereka semakin rapat selepas bertemu semula.

“Pada awalnya, ibu bapa Yuniara agak keberatan untuk merestui perkahwinan kami disebabkan perbezaan usia yang ketara.

“Namun, selepas kami menjelaskan keadaan dengan baik, mereka akhirnya bersetuju,” katanya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak pada 24 Jun lalu dan mengakui hidup bahagia walaupun terdapat jarak usia yang jauh.

BACA: ‘Atuk dan nenek buang makcik sebab mengandung anak luar nikah, saat paklong terlantar atas katil, pak long mengaku dialah punca’