Ramai tak tahu ada cara mudah lebatkan rambut, hanya guna air rebusan sahaja

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tahukah anda, masalah keguguran rambut sebenarnya boleh diatasi dengan amalan petua semula jadi iaitu menggunakan air rebusan Rosemary.

Petua menggunakan air rebusan ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah ia dikatakan langsung tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan.

Berikut kami kongsikan panduan membuat air rebusan Rosemary berdasarkan petua yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Puteri Kasim di media sosial.

“Khusus untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut, mari kita buat tonik dengan menggunakan satu bahan sahaja. Ini petua mudah untuk melebatkan rambut.

“Tonik ini juga bagus untuk mereka memiliki masalah kelemumur, bantu menguatkan dan melebatkan rambut.

Jadi sesiapa yang mahu memperbaiki penampilan rambut, bolehlah cuba petua ini,” katanya.

Ramai tak tahu ada cara mudah lebatkan rambut, hanya guna air rebusan sahaja

Bahan-bahan petua melebatkan rambut

Daun rosemary segar (boleh dibeli di pasar raya)
Air kosong secukupnya (sekitar 500 ml)
Botol kosong (jenis semburan)
Cara-cara penyediaan air rebusan Rosemary

1. Letakkan air di dalam periuk dan buka api. Daun rosemary boleh terus diletakkan ke dalam periuk, tidak perlu tunggu air mendidih.

2. Rebus sehingga mendidih. Sekiranya air sudah bertukar menjadi warna keperang-perangan atau coklat, api dapur yang menggelegak sudah boleh ditutup.

3. Tunggu sehingga air rebusan sejuk. Selepas itu, bolehlah ditapis untuk dimasukkan ke dalam botol kosong. Sebaik-baiknya gunakan botol jenis semburan.

4. Air rebusan Rosemary ini boleh digunakan setiap hari. Mula-mula, semburkan air rebusan di kepala. Kemudian urut kepala anda perlahan-lahan sehingga air meresap sepenuhnya.

Semoga perkongsian petua ini dapat membantu orang ramai terutamanya mereka yang mengalami masalah keguguran rambut.