Petua simpan ulam ‘favourite’ berminggu-minggu! Ini rahsianya

Oleh NADIA HARON

Memang terdapat banyak cara dan tip yang bermanfaat untuk menyimpan sayuran dan ulam agar tetap segar dan tahan lebih lama dalam peti sejuk.

Cara-cara ini sangat berguna untuk digunakan oleh sesiapa yang ingin mengurangkan perjalanan ke kedai dan dengan itu mengelakkan pembaziran.

Hal ini disebabkan setiap jenis sayuran dan ulam memiliki karakteristik sendiri.

Ada yang cepat rosak, sementara yang lain tahan lebih lama.

Tetapi, dengan mengetahui petua untuk menyimpan mereka dengan baik, kita boleh mengurangkan pembaziran dan mungkin menyimpan lebih banyak di rumah.

Petua simpan ulam ‘favourite’ berminggu-minggu! Ini rahsianya

Di dalam ruangan Facebook, Areini Hezry telah berkongsi petua yang berguna untuk menyimpan sayuran dan ulam. Semoga pengalaman dan perkongsian daripadanya dapat menjadi panduan untuk kita semua.

Daun kari

Dah 2 minggu masih fresh. Petua simpan sayur dan ulam: tak payah basuh terus letak dlm bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama utk simpan DAUN LIMAU PURUT.

Daun bawang dan daun sup

Cara simpan: letak air dlm bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Pastu trim ujung daun yg layu.. trim takat yang layu ja. Kaedah sama juga kalau nak simpan DAUN SUP.

Petai

Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai. Cara simpan: simpan trus tempat beku dengan kulit tak payah kopek biji. Kalau kopek ambik biji simpan beku nanti lembikk. Tak caya buat laaaa.

Pelam, Ulam ulaman

Masa ni pelam ni dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama jugak dengan pucuk pegaga tu mak bagi bekal dari kampung daun masih elok tak layu. Cara simpan: rendam dalam air pastu letak peti sejuk. Kalau pelam yang dah masak pun sama jugak, beli banyak² tak habis makan boleh simpan cara sama tak mahu bagi buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok.

Bunga Kantan

Jiran bagi bunga kantan dah seminggu. Elok molek dia mekar dalam peti. Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan dalam peti sejuk.

Kangkung

Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras akar smpai batang sikit.. rajin² tukar air 3 hari sekali. Nanti kalau ada daun kuning kutip la buang. Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Syokk tak payah tanah nak tanam kangkung. Guna jug saja, yang ni tak payah letak peti ais. Letak luar sahaja.

Selamat mencuba!

Baca juga: ‘Aku cuba sabar tapi susah, ada degree tapi terpaksa jadi surirumah, banyak tawaran kerja yang aku idamkan terpaksa ditolak!’