Berita mengenai pelakon terkenal Fazura yang memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin ternyata mengejutkan ramai pihak, terutama para peminat.
Sejurus khabar angin tersebut tersebar luas di media sosial, peminat bertindak menyerbu akaun Instagram Fattah Amin
di ruangan komen untuk mendapatkan penjelasan mengenai punca tindakan Fazura.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa terhadap Fattah, atau nama sebenarnya
Abdul Fattah Mohd Amin, yang dituduh gagal menjaga perasaan isterinya.
Hari ini, media sosial kecoh dengan berita pelakon filem Gol & Gincu itu memfailkan penceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, butiran mengenai punca penceraian itu tidak didedahkan secara terperinci.
Sehingga kini, Fattah masih mendiamkan diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Nama pasangan yang pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu menjadi bualan hangat peminat apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di Instagram masing-masing.
BACA: Patutlah ada persamaan, rupanya pengasas Al-Arqam pernah jadi Bendahari Pemuda Pas!