Assalamualaikum min mohon hide ye gambar profil ni. Patot ke aku ceraikan isteri aku dan memilih hidup sendirian.
Isteri aku seorang yang setia. Jaga solat, dan kerja bagus, sedangkan aku ni takde apa – apa yang istimewa pun.
Isu macam remeh tapi sejak kahwin, susah sangat aku nak balik jumpe mak ayah aku ni. Sedih min, jarak bukan jauh mana pun.
Part keluarga dia semua boleh tapi bila part aku, macam ngelak semua alasan ada. Aku depr3ss teruk, setiap malam aku alami susah tidur.
Setiap hari aku akan tidur selepas subuh, hari – hari otak ni akan fikir macam – macam.
Aku dah meluah macam – macam dekat bini aku ni, tapi macam tak lut. Aku luah aku tertekan dengan keadaan sekarang, bayangkan aku takde kawan.
Betapa str3ss hidup terkurung je, asal nak lepak kejap, isteri akan minta live location, sp4m mesej macam suruh balik. Aku dah ngadu macam – macam dah, jangan kacau mental aku tapi seolah – olah dia tak takit. Aku tersiksa hidup begini, dan aku rase murung sangat.
Kehidupan aku sekarang mewah, duduk rumah banglo, rumah isteri aku. Sepatutnya aku gembira bahagia kan? Tapi aku asyik teringat orang tua aku dekat kampung. Ye, benar isteri selalu belanja lauk – lauk dekat mak adik – adik aku.
Tapi dia macam tak faham mental aku nie, aku bukan nak kebebasan hari – hari. Atau adakah sebab isteri ni lebih dari aku, buat aku rasa terc4bar. Isteri aku dah ada rumah sendiri, dah ada kereta dan belajar tinggi. Aku nak tanya, adakah kami perlu cerai sebab aku rase aku memang tak sekufu.
Aku dah lama tak sentuh dia, dia ada tanya tapi aku buat b0d0h je. Sekarang aku bertahan atas dasar bersalah, rase kesian. Yelaa dia banyak bantu aku dan keluarga aku ni. Tapi sikap dia yang kawal aku giIa – giIa ni buatkan aku jadi str3ss sangat.
Sambungan.. Minta admin siarkan lagi sekali ye, ramai yang kecam. Tak kisah sebab mereka tidak tahu, dalam komen ni orang panggil aku biawak hidup?? Penting diri, dan macam – macam. Mungkin posting kedua ni akan buat mereka hadam sikit.
Memang setiap hari aku tidur selepas subuh dan dalam pukuI 9 pagi akan bangun buat apa yang patot. Aku muda dari isteri 7 tahun, mungkin jenis komen bukan – bukan sebab mereka tidak pernah dikawal sedemikian. Isteri aku ni ada masalah trust issues dan dia takut dengan bayang – bayang sendiri. Kami kenal sebulan dan terus kahwin.
Cuba korang bagitahu aku, suami mana sanggup, bila setiap kali aku ajak je balik kampung rumah mak ayah aku, dia akan mengelak bagi seribu satu alasan. Yelaa rumah mak aku biasa je, takde aircond, takde bilik – bilik besar.
Sedangkan isteri aku ni dari budak dimanjakan. YA, memang dia tak berkira dengan emak aku, dia selalu belikan lauk, tapi jika kau seorang suami nak balik rumah sendiri pun jadi satu masalah. Kau boleh bersabar ke?? Pasal kerja memang aku kerja, tapi takdelaa gaji sebesar gaji isteri aku.
Pasal kantoi ye??Aku ni bukan kaki betina, memang jenis spesis setia, isteri aku ni dia pernah alami tr4uma dia ditipu dengan bekas kekasih dia dulu. Dan mindset dia susah nak berubah melalui apa yang dia dah alami. Aku ni berbuih mulut dah pujuk dia untuk ke hospitaI untuk rawatan semua, tapi dia tak nak. Dan tak pernah nak, dia cume ada tr4uma bab kepercayaan sahaja.
Anak mana tak rindu emak ayah, bila ajak balik sana macam – macam alasan. Mungkin orang lain, lelaki lain boleh bahagia dapat isteri kaya, hebat, hidup senang walaupun kena kontrol sampai susah nak jumpa mak bapak.
Yelaa semua serba serbi cukup lengkap, tidur rumah besar ada aircon semua. Bagi aku tidak sama sekali, hari – hari aku rasa bersalah dengan orang tua aku ni. Ajak kaunseling pun dia taknak, jadi pilihan apa lagi aku ada ye.
Aku bukan tak pernah buat giIa, lari rumah tak balik, tahu apa yang dia akan buat. Dia sanggup tak makan semua, hingga akan jatuh s4kit. Akhirnya aku akan akur balik semula ke rumah. Nak cakap yang dia punya inecure tu, bekas tunang aku dulu lagi lawa lagi dari dan sampai sekarang isteri aku ni masih takut jika kami bersama balik, sedangkan lepas je kahwin semua sosmed aku, dia yang pegang.
Aku bagi je semua password demi nak jaga hati dia, tapi sama juga. Setiap hari juga laa dia akan check phone nie dan aku tak kisah laa tapi bila sikap dia m4kin lama m4kin kawal itu buatkan aku jadi fedup. Jadi apa pilihan aku ada?
HospitaI tak nak pergi, kaunseling pun same tak nak pergi. Mungkin jenis komen bukan – bukan sebab diorang tak tahu kisah sebenar, aku pilih untuk meluah dalam ni sebab jika aku meluah dalam ni sebab aku dah buntu. Nak luah dekat keluarga tak nak aibkan dia.
Seolah – olah cara dia sekarang ni dia dah beri aku kemewahan, jadi aku kena dengar cakap dia. Mana – mana laki dalam dunia ni akan rimas bila hidup dikawal macam ni. Kau nak keluar memang tak kan dapat langsung, kau nak balik rumah keluarga kau macam – macam alasan, korang tak fedup ke??
Kecuali laki tersebut jenis mindset lantak laa yang penting aku hidup senang, tak perlu jumpe orang pun tak pe. Tak perlu balik rumah keluarga pun tak pe sebab aku dah hidup senang. Bab sabar memang aku dah bersabar banyak – banyak sehingga raya pun setiap tahun balik rumah keluarga dia. m
Macam – macam alasan dah aku tipu keluarga aku. Tapi beIah keluarga dia wajib kena turuti tak kisah laa pergi mana – mana, habis aku ni tiada emak ayah ke?? Silap aku tak kenal dia betul – betul sebelum ni, sebab kami bercinta sebulan kemudian terus kahwin.
Selepas kahwin baru aku tahu latar belakang keluarga dia, macam mana cara hidup dia. Aku rase jika jantan lain dah lama dah angkat kaki, apa guna hidup senang jika hidup kau hanya kena menurut?? Aku ada meluah dekat doktor dekat KK sehingga doktor refer aku ke psy.
Jadi bagi aku apa yang aku alami sekarang ni amat – amat menyiksakan mental. Jika aku ni jenis tak bersabar dah lama dah laa aku beIah dan untuk waktu sekarang aku rasa benar – benar kosong. Benar – benar rase fedup, habis bila berbincang hanya diam tanpa kata.
Sebab tu aku cakap banyak kebaikan dia cuma dia ada masalah trust issues yang melampau. Sehingga terdetik dekat hati aku ni aku ni dayus ke? Tahap cemburu dia sehingga aku jumpe kawan walaupun kawan sekolah aku, aku tak boleh tegur.
Kawan – kawan facebook perempuan pun boleh dik4takan banyak dia remove. Jika kawan luar tak apa laa, ni kawan sekolah kot. Aku ikutkan je sebab aku sayangkan isteri aku ni, tapi lama – lama m4kin teruk. Kadang – kadang dengan kawan lelaki pun dia cemburu, kawan lelaki mesej aku pun dia boleh sound kawan tersebut. “Kau nak apa dengan laki aku nie??”
Sekarang aku benar – benar buntu, berapa lama aku nak kena cover dekat emak ayah aku? Pasal kelakuan isteri aku ni. Kawan – kawan aku pun perasan laa, yelaa kau sound kawan mesti kawan lain akan bercerita dekat kawan – kawan yang lain. “Apa laa bini kau nie?” mesej tanya buat apa pun kena sound.
Aku dah cakap aku tak boleh hidup berterusan begini sebab aku tak bahagia, aku rase bersalah dalam banyak benda. Memang nampak jelas, setiap kali balik rumah mak ayah aku, kadang – kadang tidur sehari je atau balik hari. Tak ketara ke? Aku tak perlu jaga perasaan ibubapa aku ke?
Bagi yang kata aku biawak hidup tu, aku kerja foodp4nda sahaja. Masa sebelum kahwin pun memang aku kerja ni tapi isteri aku sanggup je terima mungkin sebab dia ada kerjaya, ada duit. Tahap aku dikawal bukan melalui socmed sahaja, dekat motor aku sendiri pun dipasang gps.
Memang ada bagus juga jika berlaku apa – apa. Tapi itulah, kau dah kawal begini tapi kau masih tanya itu ini, dalam kerja pun dikacau. Jika aku nak kerja sektor lain tak dapat sebab dia tak nak aku bekerja ada golongan wanita.
Aku boleh terima jika aku pernah berbuat benda bukan – bukan tapi seolah-olah aku dihukvm atas tr4uma mase lalu kau.
Aku tak nampak dah jalan sebab bukan tak pernah ajar lari rumah, dia buat hal hingga aku terp4aksa akur. Sekarang aku rase isteri aku ni macam s4kit dan aku pun s4kit sebab per4ngai dia.
BACA: Patutlah ada persamaan, rupanya pengasas Al-Arqam pernah jadi Bendahari Pemuda Pas!