Penghargaan atas jasa, Sarjan Misai terima gaji sepanjang hayat dari Skop Production

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Walaupun sudah lama tidak aktif berlakon, A Galak yang lebih dikenali sebagai Sarjan Misai

Dia masih menerima gaji selagi hayat dikandung badan.

Menurut pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, A Galak kini menghampiri usia 84 tahun dan hanya akan berlakon jika menerima tawaran.

“Ini gambar pada 2019, ketika Galak diserang ‘minor stroke’ (serangan angin ahmar ringan).

Sekarang dia dah okay, tetapi dia juga sudah tidak bekerja lagi.

Penghargaan atas jasa, Sarjan Misai terima gaji sepanjang hayat dari Skop Production

“Badan dia pun dah kurus sangat sejak diserang angin ahmar ringan itu, lima tahun lalu.

“Sekarang, kalau Galak berlakon pun hanya jika ada tawaran. Usianya pun sudah hampir 84 tahun.

Walau bagaimanapun, dia masih menerima gaji bulanan sepanjang hayat daripada Skop Productions.

“Pemberian gaji bulanan ini dibuat sebagai penghargaan atas jasa-jasanya,” kata Yusof, sambil menjelaskan bahawa A Galak telah banyak berjasa kepada Skop Productions sejak penubuhan produksi itu.

BACA: PKR bergolak? Saifuddin Nasution letak jawatan Setiausaha Agung