Rakyat Malaysia belanja 1 billion bath di Thailand, individu dedah punca rakyat Malaysia serbu Thailand

Oleh ISMAIL YAHYA

Malaysia perlu lebih agresif dalam mempromosikan tradisi rakyat berbilang kaum dan tidak terikut

Dengan budaya moden Barat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Pengerusi Konsortium Pakatan Pelancongan Dalam Negeri, Uzaidi Udanis berkata bahawa pada masa ini terlalu sedikit produk

kebudayaan Malaysia yang berada di pasaran dan diketengahkan kepada pelancong asing serta tempatan.

Beliau memberi contoh Korea Selatan, Jepun dan Bali, di mana pelancong yang melancong ke negara-negara tersebut

Rakyat Malaysia belanja 1 billion bath di Thailand, individu dedah punca rakyat Malaysia serbu Thailand

sanggup menyewa pakaian tradisi seperti Hanbok dan Kimono hanya untuk merasai pengalaman budaya tempatan.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, namun sekarang kita jauh ketinggalan berbanding negara lain di rantau ini. Kita lebih cenderung kepada budaya Barat yang moden. Pelancong bukan sekadar mahu melihat menara, tetapi mereka mahu merasai pengalaman unik.

“Pelancong asing, terutamanya, sanggup membayar harga yang tinggi untuk belajar membuat kimchi, tarian kecak, atau merasai pengalaman menaiki unta, dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemasukan lebih 51,000 pelancong ke Thailand sempena cuti persekolahan dan Hari Malaysia.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata jumlah tersebut direkodkan sejak Khamis hingga semalam dan dijangka terus meningkat.

Katanya, jumlah pelancong yang memasuki Thailand melalui ICQS Kota Putra, Kuala Nerang pada Jumaat dan Sabtu lalu adalah sebanyak 6,003 orang.

Mengulas lanjut, Uzaidi berkata Thailand telah lama menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana pelbagai aktiviti, pilihan makanan yang murah, dan perkhidmatan yang baik.

Katanya, walaupun harga minyak di Thailand jauh lebih mahal, negara itu masih menghasilkan produk makanan dan barang mentah sendiri.

“Ini menjadikan produk pelancongan mereka lebih murah berbanding Malaysia. Selain itu, pelancongan di selatan Thailand sekarang lebih fokus kepada aktiviti berorientasikan kekeluargaan,” katanya.

Uzaidi mencadangkan antara aktiviti yang boleh diketengahkan di Malaysia ialah ‘walking tour’ di kawasan seperti Bukit Nanas, Putrajaya, dan sekitar Masjid Negara.

“Kita perlu ada penceritaan semasa lawatan untuk menerangkan kepada pelancong mengenai sejarah dan keunikan yang ada di negara ini.

“Sebagai contoh, baru-baru ini kami mengadakan lawatan solat Jumaat di Masjid Putrajaya, bagi memberi peluang kepada pelancong bukan Islam untuk melihat sendiri pengalaman solat Jumaat.

“Selepas selesai solat Jumaat, kami adakan sesi teh tarik bersama Imam, supaya jika ada sebarang persoalan, ia boleh dijelaskan secara langsung,” katanya.

BAca: Pas dakwa MoU minta hak sama rata tak kira agama, sekali lain pula jadi TPM 1 dedah isi kandungan MoU