Betul lah, ada ustaz cakap kita diakhir zaman ni ujian rumahtangga ni memang hebat. Entah lah, aku tak tahu nak luah dekat siapa.
Jadi aku nak luah dekat sini boleh? Aku seorang isteri dah berkahwin menuju tahun yang kelima ada seorang cahaya mata penyejuk hati Alhamdulilah syukur.
Aku kenal suami dari seorang kenalan, awal kenal okay je semua sampai lah kami kahwin waktu pkp.
Kami rancang kahwin dalam masa sebulan lebih je, semuanya memang dimudahkan tambah waktu tu pkp kan. Jimat duit jimat masa.
Oh ya, untuk pengetahuan suami aku ni seorang guru agama dan agak dikenali dekat kawasan tempat tinggal aku ni.
Kalau orang nampak dia memang nampak soleh yakmat. Awal perkahwinan semuanya okay, benda sikit – sikit yang buat s4kit hati mula – mula je aku bising – bising lepastu aku tak bising dah, yelah nama pun manusia mestilah ada kekurangan kan.
Benda – benda yang aku rasa macam masalah kecil aku hadap je. Fast forw4rd sampai lah ada anak seorang, semuanya okay saja. Sampai lah satu hari aku terjumpa yang suami aku duk whatsapp dengan kakak senior dia.
Mula – mula pasal kerja lama – lama bersambung – sambung saling berbaIas emoji yang macam orang bercinta dan hampir ke arah bercakap pasal cerita dalam kain. Waktu tu memang aku meng4muk rasa down giIa dalam hati aku cakap kenapa nak kena buat camni. Apa kurangnya aku?
Benda tu aku dah cakap depan suami dan dia pun nampak agak menyesal lah. Aku mula – mula macam payah juga la nak terima benda tu. Tapi sebab suami, sayang kan. Pahit pun aku telan juga. Fast forw4rd lagi sampai la anak kitorang dah tiga tahun sekarang.
Semenjak kejadian tu aku jadi paran0id sikit – sikit nak check handphone suami aku. Mula – mula nampak okay. Sekarang ni dah bulan 8 untuk tahun 2024 kan, aku tak tahu la dah berapa kali suami aku kantoi dengan aku.
Kantoi chat dengan perempuan lain mengaku bujang dekat satu apps yang game tu nama dia pl4t0. Setiap kali dia kantoi, setiap kali tulah aku chat perempuan – perempuan yang dia chat bagitahu dia dah kahwin dah ada isteri dan anak.
Aku bukan apa, aku kalau boleh taknak benda m4kin teruk waktu tu aku nak halang pun tak boleh dah. Sampai lah jadi g4duh suami aku cakap jangan check handphone dia dah, dia kata aku tak percaya dia kata chat biasa je bukan apa – apa.
Chat biasa sampai nak on the phone, pagi – pagi chat “assalamualaikum, sobahul khayr” aduhaii. Dah dia tak bagi aku check handphone dia kan? Okay aku tak check dah. Aku memang serahkan urusan suami aku ni dekat Allah, sebab hati aku memang dah h4ncur sangat dah.
Tapi suami aku bila aku cakap dengan dia mesti dia marah aku semula, seolah – olah aku yang salah sebab check handphone dia kalau aku tak check mesti tak akan jadi isu. Dan sekarang ni, dalam sebulan lebih ni dua kali kantoi suami aku chat dengan junior dia pulak. Bila tanya chat apa, chat biasa – biasa je.
Tapi sebelum ni aku dah pernah terbaca diorang chat cerita pasal hal dalam kain. Faham tak betapa h4ncurnya hati aku? Junior dia dah kahwin ada anak dah. Tapi duk cerita dia pernah 3some lah apalah, mana la fikiran aku ni tak dapat agak apa diorang chat?
Yang lagi satu kes dia kata kawan dia chat biasa tanya kabar nak catch up dengan kawan lama katanya. Kepala dia. Setiap kali kantoi, aku tanya kenapa buat macam tu mesti dia kata rasa nak borak je. Habistu aku isteri dia ni?
Setiap malam aku tunggu dia nak pillow talk tapi end up aku tertidur sebab dia busy main game. Kalau siang hari pun dia banyak habiskan masa pegang handphone. Macam mana boleh kantoi? Aku tengok suami aku lain.
Lepastu isteri ni korang tipu lah macam mana pun, tak ada check handphone pun mesti Allah tunjuk. Mesti Allah hantar signal pasal suami, sebelum kantoi ni pun banyak kali dah aku tanya ada chat orang lain ke tapi nanti mesti aku kena marah balik.
Suami aku kata aku overthinking. Aku tak tahu la lepasni berapa banyak lagi kantoi chat aku nak hadap. Hati aku memang dah h4ncur teruk, rasa kalau repair pun tak sama rasa dia dah. Yang aku terkilan suami aku guru agama, belajar agama.
Aku rasa aku tak patut rasa semua tu sebab aku dah kahwin, tak patut ada rasa dicurangi kan? Nak mintak korang doakan yang baik – baik untuk keluarga aku boleh? Aku cuma nak luah. Doakan aku w4ras sebab aku ada anak yang masih perIukan aku walaupun kadang – kadang aku rasa taknak hidup dah. Thanks korang. – Seorang isteri (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nurliyana Razak : Kenapa kalau suami buat hal ja mesti rasa da taknak hidup.. perjalanan hidup kita ni panjang lagi.. hidup bukan kerana seorang suami.
Kita kena pasang mind set.. ada suami boleh hidup takda dia pon bole hidup.. hiduplah kerana Allah taala.. bukan kerana seorang manusia yang hati dia pun bukan kita pegang.
Zarina Zakaria : Lemah betul.. takkan nak hadap je laki gatal macam tu sampai bila – bila. Laki dia dok syok – syok menggatal sana sini.. dia yang mental sorang – sorang.
Pastu kang str3ss kat laki anak yang jadi m4ngsa. Aku benci betul dengan mak – mak lembab macam ni. Masa dia banyak dengan habiskan kelebek fon laki daripada cari jalan untuk selamatkan diri dia sendiri.