‘Abang bas’ yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat komen bersifat jelik
terhadap video seorang kanak-kanak dibebaskan selepas bayaran jaminan sebanyak RM40,000 dibuat di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.
Pemuda berusia 24 tahun itu kembali ke pangkuan keluarganya setelah proses jaminan selesai sepenuhnya pada
pukul 11.55 pagi tadi, dengan bantuan Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.
Lebih 15 ahli keluarganya, termasuk ibu dan bapanya, telah berada di pekarangan mahkamah seawal pukul 8.30 pagi tadi
untuk membawa pulang tertuduh, yang telah ditahan sejak 6 September lalu oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
Untuk info, Peguam yang menjadi wakil kepada Abang Bas ialah peguam ‘kotak pensel’ yang pernah tular sebelum ini. Ini kisah kes kotak pensel yang ramai tak tahu.
“Ketika itu, saya sedang bersendirian di bilik mahkamah selepas mengendalikan kes, tiba-tiba wanita tersebut memasuki ruang berkenaan sambil diiringi polis.
“Terdetik pada hati saya untuk mendekatinya dan bertanya mengapa dia dihadapkan ke mahkamah. Rupa-rupanya dia telah mencuri kotak pensel berharga RM18 dari sebuah pasar raya,” ujarnya.
“Sewaktu menghulurkan bantuan, saya sama sekali tidak memikirkan warna kulit. Sebaliknya saya mengenangkan nasib kanak-kanak itu, siapa yang akan menjaganya? Bagaimana mahu bersekolah jika ibu dipenjarakan?
“Semua itu bermain di benak fikiran dan saya ambil keputusan untuk campur tangan dalam kes berkenaan. Saya bercakap dengan majistret untuk menangguhkan kes itu ke satu masa baharu yang ditetapkan,” jelasnya.
“Saya cuba sehabis mampu untuk membantu wanita berkenaan. Alhamdulillah setelah keterangan guru diambil, akhirnya majistret membebaskannya selepas mengikat selama setahun dengan syarat berkelakuan baik.
“Sebelum wanita itu pergi, kami mengumpulkan sejumlah wang hasil sumbangan kakitangan mahkamah, anggota polis dan pihak saya sendiri,” tambahnya.
“Selepas pertemuan itu, kami sering berjumpa dan saling melawat antara satu sama lain pada perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
BACA: Nikah satu percuma satu? Lelaki ini bersanding dengan dua isteri sekali gus undang perhatian ramai