Baby Shima hairan tiada surat terbuka untuk isu GISBH “Terpaling tegur semua masuk gua”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Penyanyi kontroversi, Baby Shima merasa berang dengan sikap pihak tertentu yang diam membisu berhubung isu

penderaan melibatkan penghuni rumah amal di bawah naungan Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Sedangkan pendedahan dibuat mengenai perbuatan penjaga di rumah amal terbabit termasuk meliwat dan mendera

kanak-kanak adalah isu serius namun sehingga kini, masih tiada ‘surat terbuka’ atau teguran daripada pihak berkenaan.

Menyifatkan sikap pihak berkenaan sebagai ‘pilih bulu’, penyanyi berusia 29 tahun itu merasa sangat hairan

Baby Shima hairan tiada surat terbuka untuk isu GISBH “Terpaling tegur semua masuk gua”

mengapakah mereka langsung tidak bersuara tetapi teguran terhadapnya sebelum ini begitu cepat dikeluarkan.

“Yang terpaling tegur selalu itu mana? Tak akan asyik nak tunggu Baby Shima gelek sahaja baru nak muncul buat video, doa bala, muat naik hantaran dan keluar surat itu ini.

“Tetapi isu GISBH pula tak nak bersuara ke semua? Ini kes besar tahu! Liwat budak-budak, dera, ajar meliwat dan banyak lagi. Kenapa tak nak tegur? Kenapa semua diam?,” katanya.

Perkara itu dipersoalkan Baby Shima menerusi beberapa hantaran dimuat naik di akaun Instagram miliknya sambil berkongsikan rakaman memaparkan penderaan dialami kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal GISBH.

Turut menggunakan tanda pagar #penunggangagama, Baby Shima juga menyelar tindakan pihak terbabit yang memberikan layanan cukup berbeza dalam membuat teguran selain mengejar rating tinggi di sosial media.

“Biasalah, mana yang selalu terpaling tegur itu semuanya masuk gua. Kalau kawan-kawan (yang buat), kunci mulut. Baru teringat kata-kata orang itu, kalau tegur bolehlah PM tepi (pesanan secara terus) sahaja.

“Kalau kawan-kawan ada layanan istimewa sedikit, kasihan pula nanti mereka kena kecam kalau tegur secara terbuka. Tetapi kalau Baby Shima tak mengapa, buat (teguran) sahaja melalui konten (di sosial media).

“Kena kecam pun pergi lantaklah si Baby Shima itu. Yang penting jumlah tontonan konten yang aku tegur dekat dia naik mencanak.” Kesal penyanyi lagu dangdut yang sering ditegur kerana tarian dan pakaian seksinya.

Baca juga: Dengan bantuan Peguam ‘kotak pensel’, akhirnya Abang Bas pulang ke dakapan keluarga