Asalkan namanya kuah sahaja mesti sebolehnya nak ia secara percuma sedangkan
Nak buat kuah makanan itu juga memakan kos yang tinggi bukan sekada sup kosong.
Tular di TikTok mengenai seorang peniaga yang menjual patin tempoyak menjelaskan sebab mengapa dia mengenakan cak untuk kuah ‘extra’ atau kuah tanpa ikan.
Pemilik akaun Azrai Patin tempoyak memaklumkan caj dikenakan agar kuah tidak habis sedangkan ikan masih banyak.
“Saya hanya letak caj pada yang minta ‘extra’ atau kuah tanpa ikan sebab satu senduk kuah dengan ikan yang diberi sudah mencukupi.
“Bayangkan sepuluh orang datang minta kuah sahaja, kuah makin sikit sedangkan ikan dalam ni tak keluar lagi.
“Nak buat kuah ini, saya tetap kena gunakan tempoyak, setiap bahan itu ada kosnya tersendiri. Zaman sekarang tak semua benda boleh dapat percuma,” jelasnya di TikTok.
Rata-rata netizen bersetuju dengan caj dikenakan sebab ia tidak mahal dan hanya perlu menambah RM1 sahaja.
“Kuah patin tempoyak modal kasar bukan mcm sup kosong nasi bujang. Elok kena bayar, tambah RM1 dapat senduk besar oklah tu. Tempoyak sekarang mahal.
“RM1 pun berkira. Padahal kuah patin tempoyak tu. Haihhh. Makan nak sedap je memanjang. Kalau boleh nak semua percuma.
“Oklah tu RM1 bukan sup kosong kan? Pelanggan kena fikir logik juga, cuba buat dan bagi percuma dekat orang ramai,” antara komen netizen.
Baca juga: Ingat GISBH je sesat, Mufti Melaka dedah ada 5 lagi ajaran sesat yang ramai tak perasan