‘Pengundi tak nak jadi saksi’ PN gagal hantar bantah kemenangan BN di Nenggiri

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Perikatan Nasional (PN) hingga kini belum dapat memfailkan petisyen Pilihan Raya Kecil (PRK)

Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kerana kekurangan pengundi yang bersedia menjadi saksi di mahkamah.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata pihaknya masih berusaha untuk mendapatkan bukti yang diperlukan.

“Masalah kami sekarang adalah mencari saksi untuk pembuktian.

Semua orang tahu dan pengundi sendiri mengakui menerima wang, tetapi mereka enggan menjadi saksi.

'Pengundi tak nak jadi saksi' PN gagal hantar bantah kemenangan BN di Nenggiri

“Mereka (BN) bijak kerana tidak memberikan wang tersebut kepada penyokong tegar PAS atau BERSATU.

“Menurut peguam, kami perlu memastikan ada saksi yang menerima wang sebelum memfailkan petisyen. Peguam kami masih berusaha mencari jalan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa PN sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Nenggiri yang diadakan pada 17 Ogos lalu.

Bukti tersebut melibatkan dakwaan bahawa BN telah merasuah dan mengancam pengundi sepanjang tempoh kempen selama dua minggu.

Pada PRK DUN Nenggiri yang lalu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, telah merampas kembali kerusi Nenggiri untuk UMNO dengan memperoleh 9,091 undi, menewaskan pencabarnya dari PN, Mohd Rizwadi, yang meraih 5,739 undi.

BACA: ‘Jenis masuk air..’ Nabila Huda dedah perangai sebenar Leona disebalik imej bimbo yang dilabel netizen