gembiraan menyambut cahaya mata sulung sudah pasti dirasai oleh setiap bakal ibu,
Trmasuk pelakon Datin Intan Najuwa yang telah menempah katil khas untuk anaknya.
Dalam hantaran yang dimuat naik di TikTok, sebuah syarikat perabot berkongsi video mengenai katil bayi yang ditempah khusus oleh Intan.
Intan, yang nama penuhnya adalah Intan Najuwa Abdul Wahid, kelihatan sangat teruja dan berpuas hati selepas melihat katil bayi idamannya.
“Ini untuk anak pertama saya, dan sudah tentu saya mahukan yang sempurna.
Apa yang saya mahukan adalah 100% seperti yang diimpikan. Kualitinya sangat bagus, tiada cacat langsung. Saya sangat seronok,” kata Intan.
Di ruangan komen, ramai warganet memuji citarasa Intan dalam memilih dekorasi untuk meraikan bayi sulungnya dan mendoakan agar anaknya akan menjadi insan yang berguna.
@kmhomefurnishing_ #intannajuwa #babycot #babycotintannajuwa ♬ original sound – kmhomefurnishing_
“Untung anak-anak yang ada-ada. Semoga membesar dengan baik. Betul ‘princess treatment’. Comelnya datin. Doa yang baik-baik. Jangan nak busuk hati. Semua ibu teruja nak tunggu kelahiran anak pertama.”
Dalam masa yang sama, warganet turut berteka-teki tentang harga katil bayi tersebut yang dikatakan menelan kos yang tinggi.
“Ya Allah, berapa angka ini? Hanya mampu melihat. Memang kaya.”
Sebelum ini, Intan mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
BACA: ‘Pengundi tak nak jadi saksi’ PN gagal hantar bantah kemenangan BN di Nenggiri