‘Suami buat aku macam pekerja bawah dia, dia berkias kata aku bodoh, tapi dia satu ‘alif ba ta’ pun tak pernah ajar anak’

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Aku dah lama follow page ni. Suka – suka baca kisah hidup orang memandangkan aku tak berkawan

Dan tiada kawan gosip selepas jadi surirumah. Aku Aina, dah tentu bukan nama sebenar.

Degree holder dan surirumah sepenuhnya tanpa ada side income. Alhamdulillah suami mampu tanggung keluarga tak berapa kecil kami.

Kahwin awal di usia awal 30an sudah punya 6 anak baik elok per4ngai. Yang sulung baru masuk sekolah menengah.

Anak penyejuk mata. Adik – adik berderet tapi gapnya 2 – 3 dan 4 tahun sorang.

'Suami buat aku macam pekerja bawah dia, dia berkias kata aku bodoh, tapi dia satu 'alif ba ta' pun tak pernah ajar anak'

5 anak selepas anak sulung anak yang tidak dirancang (dibaca merancang sendiri). Panjang intro tapi sedikit sebanyak mungkin membantu untuk faham luahan hati merapu aku ni. Aku kan cakap aku tiada kawan so aku rasa ini tempat sesuai aku luah apa yang terbuku.

Adik beradik ada tapi aku dah limit kan jarak dan perbatasan. Masih punya mak ayah yang sentiasa ambil berat. Aku anak yang dikenali happy go lucky.

Mak aku selalu label aku campak mana pun boleh hidup. Ayah pula dari aku kecil agak kongkong aku tak dibenarkan keluar pergi mana mana aktiviti, sekolah asrama pun tak bagi, tapi adik beradik lain tak, asrama ke masuk camping itu ini semua ayah benarkan.

Aku bukan anak manja. Mungkin ayah tak percaya aku pandai jaga diri, aku mudah percaya orang. Semua orang aku anggap baik. Tapi lepas SPM, ayah terp4ksa lepaskan aku sambung diploma. Aku sambung diploma lepas tu degree boleh agak kan aku kahwin bila, mestilah masa tengah belajar.

Nampak sangatkan ayah percaya sangat dengan suami aku, sampai lepaskan aku kahwin masa tengah belajar. Ayah pesara kerajaan tapi gred bawah, suami aku penjawat awam golongan profesional bidang sama macam ayah.

Kiranya kalau diorang tu umur lebih kurang, kerja tempat sama, suami aku ibarat ketua ayah aku la. Sebab tu diorang ngam.

Dipendekkan cerita, dah berbelas tahun kitorang kahwin, orang luar kawan – kawan anggap aku bertuah tak bekerja tanggung keluarga, nak ke mana – mana ade kereta dibelikan khas untuk aku ke pasar, hantar ambil anak sekolah.

Nak me time sejam dua weekdays anak sulung aku take over adik – adik dia kejap, hujung minggu memang kami selalu keluar bersama atas p4ksaan suami.

Aku selalu liat nak keluar if suami ada. Dah kenapa kau Aina? Macam orang tak bersyukur kan suami ajak berjalan tapi tak mahu sedangkan ramai meluah suami tiada masa untuk anak isteri.

Suami aku jenis ikut mood dia, jenis bawak balik masalah kerja dalam rumah. Bukan takat bawa balik kerja bertimbun, tapi bawa per4ngai bossy dalam rumah, cara bercakap dengan staff bawahan ke rumah. Apa sahaja permasalahan yang diajukan urusan rumah dia suka tanya pendapat aku.

Tanya bukan nak dengar pendapat or apa jawapan aku. Sekadar nak bagitahu, haaa macam ni la staff b jawab. Sebiji macam sayang. Letih la semua benda b nak kena ajar satu satu. Faham tak dia nak cakap aku b0doh tapi berkias, ke betul aku b0doh.

Dia suka cerita tentang pengurusan kerja, sistem filing ke ape entah. Apa – apa sahaja di tempat kerja dia cerita lepas tu dia tanya aku tahu tak itu ini teknologi terbaru itu ini. Aku jawab tak tahu, dia macam cakap ini susah kalau orang tak pernah bekerja cara berfikir dia tak sama.

Aku pernah jawab ya kan b yang tak bagi sayang kerja, sayang tak b0doh tau boleh je nak kerja tapi dah kertu macam ni zero pengalaman memang sayang kena start dari bawah la. Dia jawab kalau takat cari kerja gaji 2 – 3 ribu baik tak payah.

Habis bayar pengasuh duit minyak makan je. Anak aku ramai kan. Dia nak at least aku cari kerja starting 5K. Aku tak faham aku b0doh ke dia yang bo&£(. Tak boleh tulis penuh. Berd0sa aku haha. Dia kan kerja gomen dah lama, ada ke kerja starting 5K boleh korang suggest kat aku tak.

Aku nak dipandang cerdik oleh suami aku. Orang tak kerja b0doh katanya. Anak – anak dia semua pandai itu ini tip top kat sekolah orang b0doh ni la tiap hari mengadap satu satu. Dia provide duit sahaja. Satu alif ba ta pun dia tak pernah ajar.

Dia pernah take over ajar anak aku homework sudahnya meraung anak aku, lepas dari itu anak aku memang akan cepat siapkan homework ke apa apa ke semua aku, serik dengan bapak dia. Melalut dah aku ni, kisahnya tadi kenapa aku tak berapa suka travel ke jalan jalan naik kereta dengan dia.

Sebab dalam kereta aku tak boleh lari. Dia suka bercakap cakap dan cakap. Dari sekecil – kecil cara membasuh tangan dengan betul sampai masalah dunia dia akan bahaskan. Bila aku salah respon dia akan hilang mood. Dulu anak – anak tak terkesan sebab kecil lagi, sekarang anak dah besar kot.

Anak sulung aku pun sekarang malas tau bila ayah diorang ajak keluar. Dia tak kira tau kat taman ke kat kedai makan ke, kalau hilang mood dia, dia boleh tinggal kitorang macam tu je. Bukan tinggal kitorang dia balik rumah, dia boleh blah dari tempat tu tunggu aku yang terkial – kial bawak 6 orang masuk kereta. Malu tau orang tengok aku kiri kanan bawak anak.

Ade satu hari tu kami pergi taman, anak – anak aku yang ramai tu main la sepuas hati. Lepastu yang 3 tahun tu menangis nak bola orang, anak aku main r4mpas je tau. Anak sulung aku cerita masa balik rumah dah. Aku masa tu pergi kat kereta ambil wet tissue tertinggal. Sampai kat diorang aku tengok semua senyap, aku dah cuak dah.

Suami aku cakap jom balik, susah betul nak jadi orang function, mana mana perempuan tissue sentiasa ada dalam poket. Tertinggal itulah inilah, kan dah jadi caca marba. Apa yang caca marba nya tak tahu, anak r4mpas mainan orang, kau ambil lah anak tu minta maaf kat mak bapak budak tu setel.

Dia sejenis nak semua smooth ja, nak anak dia matang serupa umur 15 tahun punya orang. Budak kot. Apa sahaja masalah anak aku disindir aku tak reti mendidik, bila aku menjawab dia cakap bapak – bapak ni kebanyakannye haprak mak – mak ni sepatutnya bagus pandai didik anak.

Hidup tiada sistem memang susah la. Itu yang dicanangnya setiap kali ade sahaja benda tak elok. Kalau semua behave aku pun behave dia okay dia sangat okay. Aku nak emas sekati pun dibagi tapi tunggu lah time aku buat salah, goreng nasi masin diungkit 7 keturunan sampai cara mak aku didik aku pun dipetiknya.

Aku lemas, aku pernah baca siapa entah tulis kita ni hidup kebanyakan cuma bersembang sahaja. Kita perIukan partner yang boleh kita bersembang dengan selesa. Setahun kebelakangan ni, aku agak pendiam, aku cuma havoc – havoc dekat media sosiaI je.

Cara aku menulis ke aku share posting itu ini ramai follower suka, kalau komen kat page mana – mana ratus – ratus ribu riban like. Merapu – rapu komen, itu cara aku bahagia. Kesian kan hahahaha. Bila aku diam kan, suami aku perasan, apa – apa sahaja hal rumahtangga dia perli itu lah pentingnya komunikasi. Please sayang communicate dengan b. Kalau tak menyusahkan b.

Nampak kan dia nak komunikasi yang menyenangkan dia, kalau hal yang takde kaitan dengan dia lantak kau sana. Dah kurang komunikasi aku pun jadi tak manja, tak mengusik, aku tak cari dia. Bila aku tak cari dia, dia cari aku tapi end up marah aku.

Sebab bila g4duh je aku bersuara tapi aku jenis yang suara tak pekik – pekik tak menekan, aku bersuara luahkan perasaan panjang – panjang. Dia dengar ja tapi tiada tindakan pembetulan pun walaupun terang – terang dia salah. Bazir air liur aku sahaja.

Aku menulis ni pun sebab aku baru lepas bertekak pasal satu benda. Aku jumpa doktor. Aku cakap la tadi jumpa doktor demam takde check apa pun, sebab takde batuk selsema doktor bagi ubat demam. Berapa minit dia tanya? Aku cakap la dalam 10 minit jugak. Aku main cakap je.

Dia cakap buat apa lama – lama, patut takat check suhu 30 saat dah siap. Takkan aku nak ubah statement cakap eh 2 minit ja, tak boleh, suami aku detail. Aku pun cakap borak – borak la sikit. Dia tanya borak apa. Cerita detail every single conversation sayang dengan doktor. B nak tahu.

Aku terus jem, rasa panas je dalam d4da. Tak seronok dah nak bercakap dah la tengah demam. Aku cakap b ni entah apa – apa, hilang mood sayang. Aku pergi masuk toilet tinggal dia macam tu sahaja. Oh ya, aku memang seronok pergi kIinik sorang – sorang walaupun aku demam biasa haha me time weh anak – anak aku lasak ya rabbi tapi per4ngai elok comel hensem belajar pandai alhamdulillah.

Sebenarnya apa masalah kitorang ya, suami aku baik dari segi keperluan nafkah zahir batin. Aku pun memberi dalam keluarga walaupun bukan dari segi duit, aku jaga harta anak – anak elok tapi aku tak selesa bercakap dengan dia kebelakangan ini.

Dia sampai sekarang tiada tanda nak berhenti bercerita dengan aku since dia pun tiada kawan, ye lah siapa nak kawan dengan orang macam tu haha. Aku tiada kawan sebab aku fokus pada keluarga. Masalah apa kami ya, bincang dah bincang nangis dah nangis luah isi hati aku tapi dari side dia memang salah aku la. Salah bual kot istilah dia.

Apa yang aku kena improve supaya mood dia sentiasa menyala dan tenang je bercakap dengan aku walaupun aku kadang – kadang rasa nak sembam dia dalam air barang seminit dua. Jangan suruh aku cerai aku miskin h1na hahaha. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Salina Gunawi : Masaalahnya dia bos dan dia nak semua perkara perfect. Cuba suarakan cakap saya bukan staff you dan ini rumah boleh tak kita tengok keliling dan bercakap ikut suasana di mana kita berada. Cubalah sebab mungkin dia tak sedar yang dia dah balik rumah dan you bukan staff dia.

Jiah Kuroneko : Suami jenis kuat komplen kurang menghargai. Saya ada kawan / kenalan macam ni pun rasa drain.

Kadang – kadang hal hidup dia lagi indah dari hidup kita, dia tau hidup kita tengah diuji, dia tetap komplen hidup dia yang sebenarnya tak susah mana tapi dia buat serabut tu.

Jenis macam tu la kena ikut mood dia, kadang – kadang biadap tak kira situasi mahupun tempat. Takde common sense. Kita yang kena hadap dia ni yang stress. Tapi kak saya suka baca cara akak ni menulis cerita. Terhibur saya hahaha..

baca: ‘Harga saing-saing Rolls Royce, ini kereta jenama Bufori buatan Malaysia ramai tak tahu