Presiden UMNO itu menyatakan bahawa beliau sendiri telah meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak mengenai isu pensijilan halal.
“Dah… dah ‘tone down’… saya telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 September lalu.
“… dan saya juga telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengenai perkara ini.
“Bahkan, malam tadi saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Kabinet bahawa
tiada kewajipan bagi mana-mana restoran untuk memohon sijil halal, tetapi dasar lama kekal.
“Oleh itu, isu (sijil halal) ini telah ditutup,” katanya ketika ditemui media di Kem Mahkota di sini hari ini.
Semalam, Kabinet bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada, iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia
(SPHM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.