Tercungap-cungap ketika baring, anjing kantoi ‘menyamar’ jadi panda

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sebuah zoo di China mendapat kecaman orang ramai kerana mempamerkan

dua ekor anjing yang diwarnakan menyerupai panda untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Kejadian berlaku di Zoo Shanwei, wilayah Guangdong di selatan China.

Menurut media tempatan, pengunjung menyedari penipuan itu setelah

salah seekor ‘panda’ tersebut kelihatan tercungap-cungap dan menyalak.

Tercungap-cungap ketika baring, anjing kantoi 'menyamar' jadi panda

Rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengunjung menunjukkan anjing tersebut tercungap-cungap ketika berbaring di dalam kawasan yang berpagar.

Anjing berkenaan adalah dari spesies Chow Chow, di mana bulunya dipotong pendek sebelum dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.

BACA: ‘Kalau tanya nama anak mungkin dia tak tahu nama, tak ingat rupa anak’