‘Kalau ketagih sangat..’ MKT Umno cabar PN bubar DUN Kelantan dulu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pemimpin Umno mengkritik Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, kerana terus mendesak

Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membubarkan parlimen.

“Jika sangat mendesak untuk membubarkan Dewan bagi menguji kekuatan,

lebih baik bubarkan DUN Kelantan.

“PN baru sahaja mengalami kekalahan teruk di Nenggiri,”

'Kalau ketagih sangat..' MKT Umno cabar PN bubar DUN Kelantan dulu

kata anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Bulan lalu, BN berjaya merampas semula kerusi Nenggiri dalam pilihan raya kecil (PRK)

dengan majoriti besar sebanyak 3,352 undi, jauh lebih besar berbanding majoriti 810 undi yang diperoleh PAS sebelum ini.

BACA: “Polis pencen mai melawat anak” Ibu serbu pusat snuker siap bawa ‘hanger’