lelaki Afrika dah rosak nyanyi lagu Pasar Ikhwan di Putraya raih perhatian ramai

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Jenaka parodi ‘Pasar Ikhwan di Putrajaya’ yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH)

Terus merebak di media sosial, terutamanya selepas skandal besar yang melibatkan kumpulan tersebut, lapor Malay Mail.

Syarikat yang kini disiasat atas pelbagai dakwaan jenayah dan aktiviti agama yang menyimpang ini telah menjadi sasaran meme dan parodi di media sosial.

Antara puluhan ribu meme yang mencuit hati, sebuah video TikTok

menampilkan sekumpulan penari lelaki Afrika tanpa baju ‘mempromosikan’ Pasar Ikhwan Putrajaya

lelaki Afrika dah rosak nyanyi lagu Pasar Ikhwan di Putraya raih perhatian ramai

sambil menari diiringi parodi lagu tema pasar raya telah mendapat perhatian ramai, terutamanya di Malaysia.

Untuk makluman, video tersebut adalah tempahan perkhidmatan di laman Rexgowishes, di mana pengguna boleh menempah video ucapan khas dengan pelbagai persembahan dari Afrika.

Dalam video parodi Pasar Ikhwan ini, kategori yang dipilih adalah ‘Africa White Tiger (Best)’ dengan harga diskaun RM95, daripada harga asal RM148.

@rexgoafricawishes 🎶 Pasar Ikhwan di Putrajaya 🎵 Siapakah dia Abuya🤣🤣🤣 #rexgowishes #africawishes #birthdaywishes ♬ original sound – rexgoafricawishes

Video tersebut yang dimuat naik di TikTok menjadi tular dengan lebih 92,000 tanda suka dan dikongsi lebih 77,000 kali. Ia juga menerima lebih 2,600 komen, namun identiti individu di sebalik tempahan video tersebut masih misteri.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, turut memberi reaksi terhadap video-video viral berkaitan GISBH. Beliau menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memantau secara aktif kandungan media sosial yang melibatkan GISBH, termasuk kandungan parodi.

Antara tindakan yang mungkin diambil adalah memadam kandungan tersebut dari platform media sosial.

Skandal GISBH mula terbongkar awal bulan ini apabila Bukit Aman mengumumkan serbuan besar-besaran terhadap 20 rumah kebajikan yang berkaitan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam operasi tersebut, lebih 400 kanak-kanak berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 individu berusia antara 17 hingga 64 tahun telah ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa beberapa individu yang terlibat dengan syarikat tersebut disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah, termasuk penderaan seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, dan intimidasi jenayah.

Sejak itu, lebih banyak serbuan dan penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis di seluruh negara. Malah, negeri Perlis juga telah mengeluarkan fatwa yang mengisytiharkan kumpulan perniagaan tersebut sebagai ajaran sesat.

GISBH turut dikaitkan dengan kumpulan Al Arqam, sebuah kumpulan yang telah diharamkan lebih 30 tahun lalu.

Baca Juga: