Lolipop ‘dadah’ dijual secara terang-terangan di Tiktok, PDRM tak perasan?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Platform TikTok sememangnya menjadi pilihan utama bagi ramai orang untuk berniaga dan menjana pendapatan sampingan.

Namun, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menjual barangan larangan secara terbuka melalui platform ini.

Melalui ciapan di akaun @cazzrah, seorang lelaki mendedahkan tentang promosi penjualan dadah

Dalam bentuk lolipop biasa sambil mempersoalkan kredibiliti pihak TikTok yang gagal menapis kandungan sebegini.

“Hahahahaha steady je jual dadah kat TikTok. Sebenarnya, siapa yang mengendalikan TikTok Malaysia eh? Sub syarikat mana?

Lolipop 'dadah' dijual secara terang-terangan di Tiktok, PDRM tak perasan?

“Moderator korang semua muda-muda, tak reti check komen ke? Orang lain post silap cakap, kau remove, benda gini lepas pulak?” soal beliau dengan sinis kepada TikTok.

Agak mengejutkan juga, tangkap layar yang dikongsikan menunjukkan kaum hawa yang beriya mahu mendapatkan dadah tersebut tanpa segan silu.

Selain penjualan, individu di sebalik akaun TikTok itu turut merekrut tokan baharu di beberapa lokasi.

Ciapan lelaki tersebut ternyata menarik perhatian, dan majoriti netizen turut terkejut dengan pendedahan ini kerana dadah tersebut kelihatan mirip dengan manisan lolipop biasa.

BACA: Syiling lama dijual RM69.6 juta ini kisah di sebaliknya